Wednesday 31 July 2013

Terbang menggapai impian …


Setibanya saya di KLIA,perasaan ini berbelah bagi…Ya Allah..engkau temukanku dengan keluargaku lagi dalam keadaan daku masih lagi bernyawa..

perasaan sedih saya tidak terbit-terbit dari hati,mungkin kerana saya melihat ayah yang kelihatan bersahaja menghantar saya.

Bagaimana dengan mak?

Saya tidak dapat menyangka apa yang tersirat dalam hati seorg ibu.

Bagaimana pula dengan adik-adik?

Kelihatan ceria berada di lapangan KLIA.Mungkin kerana itu juga saya tidak merasai kesedihan seperti keluarga yang lain-lain melepaskan anak-anak mereka belajar.. 

“Alah long,kau pegi sana belajar sambil makan angin di tempt orang”..kata ayah.

Tetapi itu bukanlah tujuan Utama saya datang ke bumi Jordan ini untuk bersuka seperti orang lain.Saya datang kesini dengan penuh keazaman untuk menuntut ilmu.

Sehinggakan ada majlis raya ketika itu pun saya tidak hadir. 

“mirul,kw bab-bab nie jgn kedekut sgt lar” pesan seorang rakan saya.

Bagi saya untuk masa nie saya perlu menjimatkan duit yang keluarga berikan.Saya fikir majlis seumpama itu saya boleh pergi lagi tahun hadapan apabila kewangan saya mulai kukuh kerana kos nk ke majlis disana sebanyak 5JD bersamaan RM25.Ilmu yang perlu saya kejar, maka saya akan perjuangkan sehingga saat akhir.Disaat inilah saya mula merasai kegagalan yang selama ini sudah lama tidak kunjung dlm diri..

Saat inilah saya mulai mengenal erti seorang rakan.Rakan yang tinggalkan kita dalam masalah dan mementingkan diri sendiri bukanlah rakan yang akan dapat membantu kita suatu hari nanti.Benar bukan kata saya ini?

Saya terbang ke bumi Jordan dengan wawasan yang tinggi,dengan penuh rasa bersyukur kehadrat illahi kerana saya masih lagi diberi peluang untuk belajar di bumi yang penuh bersejarah dan barakah..

“Siapa kata orang arab baik-baik..?”

‘Dimana ada nabi disitu ada abu jahal !!” 
kata seorang senior ketika saya mula-mula melangkah kaki ke bumi Jordan dan dia menjelaskan tentang etika keselamatan dibumi arab ini.

Saya mula memikirkan bagaimana kehidupan disini,bagaimana hendak menempuh semua ini..?

Ya Allah ,.jauhkan daku dari sebarang bahaya.

Benar!! Hendak belajar dibumi orang hati kena cekal,tabah,berani,dan bersedia syahid bila-bila masa sahaja..

Hanya mampu berdoa ‘Berikan daku kekuatan itu Ya Allah..” 

“Untunglar dapat pergi oversea..” pujian dalam nada sindiran rakan saya.

Bagi saya itu bukanlah satu kebanggaan malah bukan kerana aq disini untuk berseronok seperti pelajar yang belajar di Eropah atau dimana sahaja yang terkenal dengan hiburan dan kemajuan sesebuah negara.Negara timur tengah tidak seperti semua itu.

Thursday 25 July 2013

Sedarkah kita ??

Nikmat ...

Nikmat itu terbahagi tiga:


1. Nikmat yang dikecapi dan disedari oleh hamba

2. Nikmat mendatang yang diidamkan oleh hamba

3. Nikmat yang dikecapi oleh hamba tetapi tidak disedarinya

Apabila Allah ingin menyempurnakan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya, Dia akan mengenalkan (kepada hamba tersebut) nikmat yang dikecapinya sekarang kepada hamba tersebut dan mengurniakan kepadanya sifat syukur.
Syukur itu akan mengikat nikmat tersebut agar tidak hilang. Sesungguhnya nikmat hilang dengan perlakuan maksiat dan diikat dengan ketaatan.
Kemudian Allah akan menunjukkannya jalan amal agar dia mendapat nikmat yang dinantikan.
Kemudian Allah akan menunjukkan kepadanya  jalan mati (yang tidak bersambung kepada amal) dan menjauhkannya dari jalan itu. Allah akan menunjukkannya cara agar dia menjauhi jalan itu.
Apabila dia menyempurnakan semua itu, Allah akan memperkenalkannya terhadap nikmat yang dikecapinya sekarang tetapi tidak beliau menyedarinya.
Diceritakan bahawa seorang Badwi masuk menemui Harun ar-Rasyid lalu berkata:
"Wahai Amirul Mu'minin. Moga-moga Allah mengekalkan nikmatmu sekarang dengan kamu sentiasa mensyukurinya. Moga-moga Allah mengurniakan nikmat yang kamu harapkan dengan kamu bersangka baik terhadap-Nya dan sentiasa mentaati-Nya. Moga-moga Allah akan mengenalkanmu kepada nikmat yang kamu kecapi sekarang tetapi kamu tidak mengetahuinya agar kamu mensyukurinya." 
-Ibnul Qayyim al-Jauzi