Sunday 3 August 2014

Law Of Nikmat

Dlm konsep Law Of Attraction yang terkenal,

Dikatakan bahawa fikiran positif kita dalam hidup ini akan menarik pelbagai hal positif lainnya kepada kita.

Sebaliknya fikiran yang negatif akan menarik hal-hal yang negatif juga ke dalam hidup kita.

Konsep ini telah membantu orang ramai untuk menjadi lebih optimis dlm hidupnya.

Dlm kaitan antara nikmat dan syukur ,adanya tarik menarik antara dua perkara ini merupakan sesuatu yang sangat jelas dan telah disebutkan dlm Al Quran .



-Ketika seorang hamba bersyukur,maka dia menarik lebih banyak nikmat ke dlm hidupnya.
-Ketika dia lupa bersyukur,maka nikmat-nikmat itu mulai hilang dan pergi meninggalkannya.
-Ketika dia mengkufuri nikmat ,maka dia menarik azab kepada dirinya.

Al-Quran menyatakan :

'Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memberitahu, Sesungguhnya ! Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,dan demi sesungguhnya,jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras'
(Ibrahim 14:7)

FIZIK (Fikir Dan Zikir )

Amerul Arief,
9.05pm Jordan .