Monday 26 August 2013

Aku dan Syita Part 1


Mataku mula mengalih kerdipannya pada langit illahi..awan yang sering tersenyum selalu  kini mulai rudum suram kepadaku..duhai hati..gembirakan hatiku melalui suramannya..

Aq mulai memahami keadaan syita’ (musim sejuk) y merubah mulai malam semalam..siapa sangka,angin yang dtg tiba-tiba menyapa kami warga mu’tah memberitahu bahawa syita’ semakin hampir..dlm hati ini persoalan mulai bermain dlm pemikiran kami pelajar-pelajar tahun satu..petanda saljikah kini..?? 
Ketika mana hujan mulai membasah bumi syam ini..percaya atau tidak tp inilah hakikat kami masih di tahun satu.

“Salji nak dekat dah..!! tidak lama lagi salji ler nie..!!”

kabus mulai menutupi pandangan mata ku..seolah-olah penghujung jalan tidak ku temui..titisan air embun hujan mulai berkaca-kaca jatuh ke bahuku..jarang seperti ini berlaku..hari ini agak berbeza seperti biasa..sehinggakan aq berjalan seolah-olah ada yang menolak..bayangkan..ketika cuaca sebegini,siapa sangka kuliyah di jamiaah ada atau tidak..masing-masing memikirkan keadaan di luar sana y sangat-sangat menerujakan kami warga-warga malaysia.

Ini pengalaman baru saya..bukan seperti kebiasaan di Malaysia..rindunya saya keadaan di Malaysia membuatkan fikiran ini mulai menerjah ingatan ke tempat halaman ..cuma berbeza di bumi syam ini.

Kaki mulai melangkah menuju mengejari ke gedung ilmu..tatkala kudrat tenaga melangkah..langkahku mulai tenggelam dlm tanah..lembutnya tanah sehinggakan tanah-tanah ini mulai mengotori "sandle" ..seluar saya mulai menerima tempias tanah y memercik.. 

“suka atau tidak musim sejuk ni ditambah dengan hujan??” bisikan hati ku mulai berbicara.. 

“astagfirullah !!”  kembali memohon ampun .

Setiap apa y kita tuturkan malah kita bicara walau dlm hati sekalipun akan dibicarakan disana nanti.

Saya tidak katakan kata-kata yang baik itu tidak dibicara ttpi ia lebih lagi akan diuji ..

"apakah yang kamu katakan itu kamu lakukan??" Semua itu akan dipersoalkan..

Perjalanan saya kejamiaah agak kelwatan sedikt kerana keadaan hari ini bukanlah sesuatu y baru.. 

Masing-masing mulai mengupdate status di ‘dinding’ masing-masing mengenai cuaca hari ini..bergambar..meluahkan kata-kata semangat ke jamiaah..seolah-olah semuanya pemberita di laman maya masing-masing..

Andai lar mereka semua itu pemberita…siapakah saya? Saya adalah penonton di kaca-kaca siaran laptop y mengulas kesimpulan berita hari ini kepada jiran-jiran setempat..haha..(lawak yang hambar)

Sesudah kuliyah pengajian hari ini tamat,saya mulai menyapa rakan saya berada di irbid.. 

“salam..bagaimana irbid sekarang?? Mu’tah dah nak salji da skrg..” ketawa kecilku dlm hati..

“merana ler anta” ringkas jwpan rakan saya.. 

Saya mulai memikir..andailar kita diberi dua pilihan ditangan kita..antara intan dan permata,
contoh y selalu owg beri..y mana engkau akan pilih? Tp disini bukanlar jwpan intan atau permata y saya kehendaki..soalannya..andai musim sejuk dan musim panas..yang mana yang engkau akan pilih?? Sukarkan soalan ini..tp ada satu rangkap kata-kata y menarik hati aq pada insan-insan y sudh hidup lama di mu’tah.. 

“nikmat musim panas adalah ketika di musim sejuk,dan nikmat musim sejuk adlah ketika di musim panas”..
Saya tersenyum tatkala kata2 ini dicoret di dinding-dinding maya..Saya menyetujui pendapatnya..

5/12/2012


---CONTINUE----

  

Friday 23 August 2013

Musim Bunga .. Hala' Wardah !!


Bismillahirrahmanirrahim..Demi nyawaku yang berada dalam genggamanmu..Kusambung coretan ini dengan memujimu dan kekasihmu Muhammad s.a.w

Setelah 2bulan sesi pengajian untuk semester pertama bermula,kini medan juang semakin menghampiri kami secara tidak sedar iaitu medan imtihan.Sedang kami khusyuk dan dahaga dalam menerima ilmu dari dokter-dokter atau lebih sinonim dengan panggilan lecture di jamiaah,kini tiba masa untuk mencurahnya .Dalam menghadapi peperangan medan juang ini,musim juga silih berganti seiringan dengan medan pilihanraya kampus (PRK) kami di Mutah.Jordan.Coretan saya untuk ini bukanlah mengenai bagaimana pilihanraya kami tetapi musim bunga.Bermula dari sinilah saya melihat tanah-tanah yang dahulu gersang,kering dan tandus kini kembali menghijau sejauh mata melihat.Musim Sejuk yang dahulunya menyelubungi kami dengan selimut yang tebal,pakaian yang tebal kini berganti dengan musim bunga .Saya agak teruja menantikan musim yang baru ini kerana berbagai tanggapan dan bayangan dalam fikiran saya mengenai musim bunga,

adakah musim bunga ini seperti berada di korea?

“adakah musim bunga ini pokok-pokok tumbuh dengan cantik dan berbagai warna”

“adakah musim bunga ini panas atau sejuk suhunya?’’

“adakah musim bunga ini tumbuhnya banyak jenis bunga yang tidak pernah nampak sebelum ini seperti pokok Sakura?” 






Pernah satu ketika apabila saya selesai muhadarah pertama,saya pergi ke Solah Umawi(cafeteria Jamiaah). Saya dan 2 orang lagi rakan duduk semeja bersembang mengenai kelakuan arab di kelas kami sebentar tadi.

Begini kisahnya,sedang saya duduk mendengar apa yang dokter sampaikan dalam kelas,sehinggalah ada 4budak arab yang pelik kelakuannya dihadapan saya.Mereka berbual-bual dengan nada yang perlahan seperti merencanakan sesuatu tetapi saya tidak hiraukan apa yang mereka mahu buat kerana focus saya pada apa yang dokter sampaikan.Ketika itu juga saya hendak bertanya pada rakan saya

“Hafiz,dah sampai mukasurat mana dah?’’ ketika itu juga saya ditegur oleh mereka 

“Sodiq,isma’ ildukutur ehki” “kawan,dengar apa dokter smpaikan”. 

Maka ketika itu juga saya cukup tidak berpuas hati dengan mereka tetapi saya senyapkan sahaja tanpa melayan karenah mereka.Dokter semakin rancak memberikan pemahaman dihadapan dan ketika itu juga salah seorang daripada 4orang arab tadi berganjak duduk kehadapan sedikit.

Kedudukannya menghampiri pintu keluar. ‘Hmm..sah ni nak cabut keluar kelas ’ desus dalam hati saya. 
Tiba masa sahaja dokter berpaling ke papan hitam,dia keluar.Dokter tidak endahkan,begitu sabarnya dia menghadapi karenah-karenah pelajarnya.

“Ya Duktur, huwa ruh min muhadhroh!” dari jauh kedengaran seorang kawan dia meminta dokter beri perhatian pada apa yang berlaku ketika ini.

Dokter hanya berkata “Biarkan dia,engkau jangan pedulikannya” .Tanpa disuruh dia mengejar rakannya itu tetapi saya tidak yakin,mungkin ini hanya lakonannya sahaja.Dia duduk kembali setelah toleh kiri kanan di luar mencari rakannya yang hilang tadi.

Pada masa yang sama seorang rakannya lagi memikirkan strategi untuk keluar dari kelas.Dia yang tadi puas berfikir akhinya pergi kehadapan dokter, 

“Dokter,saya ada muhadroh lain”

 dokter Tanya kembali “Apa nama engkau?’’

 “Nama saya takde dalam kelas ni’’

 “Betul ker? Baiklah.. segera keluar engkau”..kata dokter lagi.

Dengan lagaknya dia menunjukkan pada rakannya yang konon-konon menghalangnya keluar.Kini tinggal lagi 2orang,dia dan rakan perempuannya.Hampir setengah jam dokter megajar di hadapan dan sekali lagi perempuan yang sorang ini berjaya melepaskan diri dengan bantuan 2orang rakannya tadi.

Sepanjang pembelajaran berlangsung,saya dan rakan-rakan seolah melihat drama lawak pagi yang menjengkelkan.Apalah perangai arab-arab ni.Akhir sekali,tinggallah sorang sahaja rakannya yang kononnya  “menghalang” 3orang rakannya tadi . ‘tukk..tukk..tukk’ bunyi ketukan daripada pintu kedua.Dokter beralih perhatian pada bunyi ketukan  itu.Dan seperti yang saya jangka,arab yang tadi mula-mula halang kini dia pula larikan diri”.Sedangkan masa hanya berbaki 5minit sahaja sebelum habis muhadroh.Peliknya perangai mereka ini.. Allah..Allah..Allah.. Saya percaya perkara ini juga jarang berlaku di Malaysia,kalaulah adapun saya yakin dari bersikap sebegini dengan tidak menghormati lebih baik jangan tunjuk muka depan orang yang memberi kita ilmu.Lebih jelas maksud saya,jangan masuk kelas kalau tiada niat hendak menghormati orang yang menyampaikan ilmu.

Sedang kami menjamah makanan tiba-tiba datang seorang arab duduk bersama kami.

“Assalamualaikum..” Sapanya..

“Waalaikumsalam..”

‘Keef halak?’’  'Apa khabar kamu?'

“Alhamdulillah..kheir..” kata kami.  'Alhamdulillah .. baik ..'

“Anta syariah?Sanah Ula?”  'Engkau syariah ? Tahun pertama?'

“Naam..syariah..sanah ula..wa anta?”  'Ya..syariah..tahun pertama..dan engkau?'

“Ana syariah,usuluddin..”  'Aku syariah,usuluddin..'

“Kam sanah?’’ tanyaku . 'Tahun berapa?'

“Ana sanah rabi’ ..”   'Aku tahun empat '

“Hai akhir fasal?’’ 'Akhir fasal (semester) ?

“Insyaallah..” Ringkas jawapan darinya..

Fikiranku melayang-layang ketika ini,memikirkan sesuatu tapi apakah dia..
Tergerak hati ini bertanyakan sesuatu kepada dia..memandangkan dia takhasus sama dengan saya.

“Adakah susah Usuluddin ini? Tanyaku..lantas dijawabnya 

“Kamu takhasus Usuluddin? Pada awalnya mungkin senang tapi bila akhirnya insyaallah senang juga walau ada susah sedikit.”

“Bagaimana dengan musim bunga ini?” tanyaku kembali.

“Alhamdulillah ..baik sahaja..kebiasaannya ia akan bermula 27 Feb dan berakhir bulan Mei.”

Daripada apa yang saya lihat,perubahan yang berlaku membuatkan cuaca tidak menentu.Mana tidaknya,ada satu hari saya pergi ke kuliyah dengan memakai baju tebal tetapi bila sampai ke Jamiaah,dalam sekitar Jam 10 cuaca mulai panas,seolah-olah terasa suhunya seperti di Malaysia Cuma bezanya berangin sahaja.

Ketika itu saya tanggalkan baju tebal saya hanya tinggal selapis baju melayu.Kebiasaanya,waktu begini cuaca suam-suam panas sahaja.Tidak terlalu sejuk dan panas.Berlaku lagi kali kedua pada saya,ada satu hari saya hanya memakai selapis sahaja baju Melayu tanpa baju sejuk.Bila habis muhadroh sahaja,angin bertiup dan suhunya sangat sejuk.Saya ketika itu hanya mampu bertahan kesejukan sahaja.

Cuaca yang tidak menentu ini membuatkan saya pelajari satu perkara,kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.Dari musim inilah saya melihat pokok yang dulunya kering tanpa pohon kini tumbuh daun-daunnya beraneka warna .Subhanaallah. Sungguh Allah itu sukakan kecantikan ..!!

Sunday 11 August 2013

Ramadhan Ku diperantauan


Dalam suasana yang ‘rush’ dan ‘pick up' sesi pembelajaran untuk semester soifi ni,tanpa sedar Ramadhan sudah kembali menjenguk.

First of thinking of course ‘family’. 

Terbayang wajah-wajah keluarga di negara orang.Saya masih ingat lagi ketika Ramadhan tahun lepas,dimana sekolah sibuk dengan program ‘tadarus’ ‘ceramah ilmiah’ ‘iftor jamie’ semua ini mengimbau kembali kenangan disini.Kerinduan pada tanah air semakin mendalam.Its very heart deep feeling to say.

Hari pertama Ramadhan disini sangat meriah dengan suasana ‘pasar bazarnya’ , ‘suasana tarawihnya’ dan penghidupan amalan dibulan Ramadhan.Seronok cuma tiada ‘orang-orang tersayang’.

Namun,itu tidak menjadi asbab saya perlu bersedih dan ini adalah pengalaman pertama Ramadhan di perantauan.Sebagaimana semangat awal datang kesini meredah bumi anbiya’ beribu-ribu kilometer begitulah yang akan dipertahankan.

Kadang-kadang sibuk dengan imtihan,bahas(assignment) dan program-program disini membuatkan sedikit sebanyak perasaan rindu itu terubat.Ramadhan disini sangat menguji kami mahasiswa/siswi diluarnegara.

Saya tidak pasti cuaca panas di Malaysia bagaimana tetapi disini kami berpuasa yang siangnya panjang dan malamnya pendek dengan cuaca yang panas.
Inilah dugaan bagi kami,kadang-kadang sebelum tidur kami siap-siap sahur.

Andai ada kekuatan kami sempat bersahur sebelum subuh,andai sebaliknya begitulah sahaja terlepas.Sahur kami disini tidak terjaga.Kadang-kadang saya termenung sendirian,andai ibubapa kami tahu bagaimana sahur kami,pasti mereka sedih.Tetapi Mungkin kerana tidur yang lewat kerana mengulangkaji pelajaran atau mungkin sahaja kekadang bersembang untuk mengelakkan terlepas sahur dan subuh,setiap orang rutinnya berbeza2..

Bermula jam 7.45malam kami berbuka puasa,azan isyak berkumandang sekitar jam 9 malam dan pukul 10malam tarawih habis.Jam 11 malam sepatutnya waktu yang elok untuk tidur tetapi ada sahaja dikalangan kami belajar untuk ulangkaji bagi menghadapi persiapan imtihan yang mengejut.

Subuh kami disini pukul 4pagi,dan kelas pagi seawal jam 8 pagi.Perjalanan waktu yang sangat baik jika dirancang.Begitulah rutin harian kami disini.

Namun,Ramadhan kali ini sangat istimewa walaupun tanpa ayah,ibu dan adik-adik dimata.

Rutin yang seharian inilah yang cuba mengajar bagaimana keadaan ‘seorang ibu’ menyiapkan makanan untuk anak-anak dan suaminya berbuka.Cuma situasi saya disini balik dari belajar di jamiaah sedangkan ‘ibu atau bapa balik dari kerja’ .

Mereka memerlukan rehat yang secukupnya selepas pulang dari kerja,memikirkan apa yang hendak dimasak pada keluarga.Suasana yang cukup mengajar saya erti kehidupan tanggungjawab seorang ibu dan bapa.

Saya pasti ramai juga dikalangan kita yang ibubapanya bekerja,dan kadang-kadang kita lihat selepas pulangnya mereka ke rumah..mereka terus lena tidur.

Bila bangun dari tidur,mereka akan kalut

 ‘Ya Allah,mak tak masak lagi untuk korang’.

Pernah berlaku bukan?

Fahamilah perasaan mereka,selamilah kehidupan mereka.

Pasti anda akan turut bersimpati.

Antara yang menarik makanan Ramadhan dibumi anbiya’ ini adalah Qutayyif sejenis ‘pancake arab’ tetapi saya selalu namakan makanan ini ‘kuih dorayaki’ versi arab.



Makanan ini hanya ada dibulan Ramadhan sahaja.Qutayyif ini dimakan dengan cream yang dipanggil ‘qishtoh’ .Qistoh ini pula diletakkan sedikit gula bagi menyedapkan rasa creamnya.

Ada juga sebuah keluarga yang buat qutayyif ini versi Arab style.
Caranya di sapu cheese-jupneh, & letak kurma tanpa bji di dlm quttayif, lipat..kepilkan bahagian tepi) pastu goreng minyak sedikit...pastu dah angkat siram sikit dgn air gula.Sangat sedap katanya.Kalau nak tahu bagaimana rasanya silalah cuba !! 

Thursday 8 August 2013

Ku sambutmu Syawal dengan kegembiraan tanpa ku zahirkan kesedihan Ramadhanku

Laungan takbir mulai memecah kesunyian alam.
Sayup-sayup kedengaran takbir raya mulai bergema di angkasa raya.
Awan mulai menampakkan keriangannya menanti hari lebaran.

'Allahu akbar ! Allahu Akbar ! Allahu akbar !'

'La ilaha illa allahu wa Allahu Akbar !'

'Allahu akbar walillah hilhamd'


Apakah makna Syawal untuk kita?

Kerana insan yang bergembira 'tanpa mengetahui sebabnya' adalah 'gila' .


Dan insan yang 'tersalah sebab' gembiranya adalah insan yang bercita-cita untuk gembira walhal ia sedang berduka lara.



Tatkala mendengar alunan takbir raya,nadanya menyelusup memasuki ke ulu hati kita.
Lantas tanpa kita minta,gugurnya embun kaca halus dari mata.




Mengapa kita menangis?

Datangnya Syawal dinantikan,
Bila tibanya Syawal kita kesedihan.

Mengapa kita gembira?

Datangnya Ramadhan dinantikan,
Bila perginya Ramadhan dirindui.

Syawal ini bermakna jika kita menghayati maknaNya.
Bukan semata-mata hanya ziarah menziarahi,juadah beraneka raya,baju raya,duit raya dan lain-lain tetapi penghayatan amalan kita.
Ramadhan adalah 'madrasah' bagi kita.
Ia lebih mudah difahami Ramadhan sebagai sebuah 'sekolah' bagi kita.
Imbas kembali saat kita mula bersahur.
Mengapa kita boleh bangun sahur seawal sebelum subuh?
Atas sebab apa kita mudah bangun malam?
Semuanya atas sebab kehendak 'ingin makan' .
Disebabkan kita telah berniat hendak bangun sahur,makan,kita gagahkan diri untuk bangun.
Dan dengan waktu yang berbaki sebelum subuh,kita lakukan solat sunat,baca Alquran dan lain-lain.
Walaupun pada hakikatnya di bulan lain tidak begitu.

Tidak rindukah kita?

Kalau dahulu kita boleh bangun bersahur dan buat solat sunat,baca kalamNya..
Mengapa tidak kini?Di bulan Syawal.

Ramadhan melatih kita untuk tidak makan minum.
Ramadhan melatih kita untuk bersabar.
Ramadhan melatih kita untuk bercakap perkara-perkara baik.
Ramadhan melatih kita untuk berusaha melawan kehendak duniawi.

Atas sebab apa?
Bukannya kita tidak boleh menyorok makan dan minum tanpa dilihat orang..
Tetapi disebabkan kita pilih 'Tidak Mahu' .
Maka kita telah berjaya mengharungi Ramadhan ini.

Syawal adalah 'graduate' untuk kita.
Syawal merupakan 'trophy' untuk kita.
Seandainya jika 'product' yang dikeluarkan dari Madrasah Ramadhan 'good quality'nya .. maka Syawal ini adalah 'result'nya.

Mari perbaiki kekurangan diri.
Mari ikuti teladan terbaik.
Moga kau dan aku sama-sama menjadi hambanya yang soleh/ah ..

Tuesday 6 August 2013

Ramadhan .. jangan dikau pergi ..

Menghitung detik-detik pengakhiran Ramadhan.

Pasti ada sahaja antara kita yang berkata,

'Sedihnya.. Ramadhan berlalu begitu pantas !!'

'Kenapa cepat sangat bulan ni puasa ! Aku tak sempat lagi nak beramal !'

'Kenapa terasa seolah-olah Ramadhan ini hanya menjenguk sahaja?? "

Ada pula yang tidak sabar perginya Ramadhan.

"Yeay ! Esok nak Raya ! Nak kumpul duit Raya banyak-banyak ! '

'hmm..hmmm..tak boleh jadi ni , Syawal tak lengkap tanpa baju raya,kuih raya,duit raya ..handphone baru !'

Apa sebenarnya makna Ramadhan bagi kita?
Sahur?Bazar?Berbuka puasa?Tarawih?Qiam? atau makanan yang jarang dijumpa dibulan lain?? 

Ramadhan .. sama ada dia menjadi tetamu kita atau kita menjadi tetamuNya?




Bermula awal Ramadhan kita terlalu gembira.Saat kita berbuka sekeluarga,bersama kawan-kawan dengan makanan yang kita terliur dari saat pergi bazar,kadang-kadang kita terlupa.

'Adakah makanan yang aku makan ini akan menambahkan amalanku dibulan ini??'
Kita terlupa niat asal kita saat mula berbuka,cukup hanya melafazkan 'alhamdulillah' sebagai tanda syukur.Sudah menunjukkan kita ini hamba bersyukur.

'Boleh ke aku bangun semula untuk berjumpa denganMu Ya Rabb pada 1/3 malam nty?'

Pasti sukar bukan?? Kita tidak mampu beri jaminan pada Dia.Sedangkan dia mampu memberikan jaminan nikmat  pada kita 'Maka,nikmat tuhanMu yang manakah engkau dustakan?'

Apabila bertemunya Ramadhan,nabi s.a.w berdoa :

'Ya Allah selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami'

Riwayat lain 'selamatkanlah Ramadhan dari kami..'

Satu erti kata yang sangat agung..

Mengapa 'selamatkanlah Ramadhan dari kami?' iaitu 'jangan biarkan kami berbuat jahat dan jangan biarkan kami meragut kemuliaan Ramadhan,jangan biarkan kami berbuat dosa yang tidak sepatutnya dan kurang beradab di bulan Ramadhan'

Inilah cara Rasulullah ketika bertemu di malam Ramadhan.

Dan kita??
Masih seronok dengan makanan ? tidur ? 
Bagaimana amalan kita?

Dahulunya kurang membaca Al Quran,kini ??
Dahulunya kurang bersedekah,kini??
Dahulunya kurang berbuat baik,kini??
Dahulunya kurang berkata yang baik,kini ??

Kalau perangai jahiliah kita masih dibawa sehingga bulan Ramadhan ini,
Maka tidak ada gunanya Ramadhan bagi kita.

Allah beri 30hari untuk kita manfaatkan kemuliaan bulan ini.

Perbanyakkan amalan bukan kemaksiatan.
Perbanyakkan menyebut kalamullah bukan laghah.

Bila akhir Ramadhan,kita pula berkata ,

'alahh..sedihnyaaa..Ramadhan pergi ..'

Sepatutnya kita merasai kemuliaanya,bukan penyesalan.

'Alhamdulillah..aku berjaya manfaatkan amal di bulan ini'

Manusia ini sentiasa rugi.

'Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian'
(surah Al asr)

Sudah termaktub dalam kalam sucinya.
Bukan ayat semata-mata untuk umat terdahulu.tetapi hingga berakhirnya penghidupan kita.

Kita sentiasa dalam kerugian.
Kita mampu merancang perjalanan hidup duniawi tetapi kita gagal dalam ukhrawi.

'Aku ingin jadi dokter 3tahun lagi'

'Aku nak graduate degree umur 21 tahun lagi'

'Masa kahwin nanti aku nak ada sebuah kereta,sebuah rumah,dan 3orang anak'

Tetapi jarang kita jumpa orang yang rancang ukhrawinya.

'Ramadhan nanti aku nak banyakkan amalan aku'

'Ramadhan nanti aku hendak sentiasa Qiam disurau'

'Ramadhan nanti aku nak habiskan 30juzuk bacaan dengan semak'

'Umur 24 nanti aku dah habis hafal 30 juzuk'


Jarang bukan?? Kadang-kadang dalam beramal pun kita berkira dengan Allah.

'malam ni aku nak terawih 8rakaat je..'

'Malam ni nak baca 2muka surat je Al Quran..'

Bila beramal kita beralasan,katanya buat amalan tak boleh dipaksa-paksa.
Ohh.. begitu ..??

Bila bab duniawi,
Pandai pula kita tak bertangguh ..

'Mana boleh stop maen game ni,sikit je lagi nak menang'

'Mana boleh berhenti tulis kertas kerja ni,sedikit lagi nak siap !'

'Mana boleh nak stop movie ni,sikit lagi nak pengakhirannya !'

Mari islahkan diri.
Ramadhan ini jadikan ianya bererti.
Bukan berhenti beramal,tetapi sentiasa pertingkatkan amal.





tangisan darah saudaraku Gaza….


Saudaraku....              

Tatkala dunia ini sedang menghirup udara kehormanian,

engkau disana menderita kesakitan menerima butiran debu api ….

Kini,

darah saudaraku mengalir jatuh ke bumi..

Butiran mutiara airmata mulai membasahi pipi,..

engkau telah membuka mata dunia ini untuk melihat kekejaman zionis..

'Mereka musuh laknatullah yang kejam !! '

Saban hari ....

'Mereka terus-terusan membunuh,merogol,menodai maruah islam,dan kita saudara mereka hanya melihat sahaja ! ! !'


'Siapakah Paling KEJAM ??!! Kita atau Mereka?'





“Lihatlah lah wahai Dunia !! “


Benar kata Adolf Hitler… "aku tinggalkn kau seorg Yahudi 

untuk kau kenal siapakah mereka..”

Mendengar rintihan dari anak-anak kecilmu cukup sayup 

membuatkan kami bangun dari tidur yang lena ini..

Benar,....!! senjata umat islam adalah DOA.

Bagaimana penerimaan doa kami padamu ya Rabb..

Maafkan kami wahai saudara..

Andai doa kami ini makin membuatkan engkau disana 

banyak tertumpahnya darah,..

Makin ramai yang syahid….makin ramai yang menderita…

Tiap detik….minit…..

Tanpa henti…

“Aku meminta KEKUATAN..dan Allah memberikanku kesulitan utkku menjadi Kuat..”

Percisan dari kata Salehuddin Al-Ayubi cukup menyakinkan 

kita tentang DOA..

Dunia..oh dunia…!!


Lihatlah saudaramu..!! Lihat dengan mata Hati mu.. !! 

negara islam telah diceroboh..!!

Hati ini menangis…terasa dirobek begitu sahaja..

….saudara kami ditindas dengan kejam..

Kami pula hanya melihat,mendengar.. disiksa secara batin…

Ingin sahaja aq berdiri teriak pada telinga dunia….

“Bangkitlah umat islam!! Kita jahanamkan yahudi laknatullah ini..!! ”

Kami percaya pd JanJi Allah..

Umat islam akan bersatu..dan engkau yang berjuang disana ,

Mendapat Jannah sebgai ganjarannya..

Berbahagialah engkau disana wahai saudaraku..

Tiada daya upaya melainkan dia…

Janjinya adalah pasti….kemenangan Islam itu pasti..

Sunday 4 August 2013

mencari jawapan


"SahAbAt yAng BeRiMan iBaRaT mEnTari yAng menyiNar.. SaHabat yanG seTia iBaRaT PEwanGi YaNg MEnGhaRumKan..SaHabat YAng sjAti peNdORonG imPiAn..sahaBaT BeRHAty MuliA mEmbAwa kIte KE Jalan Allah.."thankss 4being my fwen...sem0ge ditemukan lagi..dgn izin allah..."dri sahabat yg egat kamu Selalu kpde sahabat...!! SWEET!! DJ NAZME RIDZUAN.


Sungguh !! Ianya cukup menghiburkan hati ini apabila seorang sahabat memberikan kata-kata indah sebagai kasihnya nilai persahabatn.Mengimbas kembali kenangan bersama sahabat-sahabat di Maahad Johor sangat memberikan saya inspirasi yang cukup bermakna apabila saya sampai dibumi anbiya’ ini.

Mengapa saya katakan ianya sahabat??dan bukan rakan..ketahuilah saudaraku..seorang kawan itu mudah kita cari dimana-mana sahaja..bahkan saya menguatkan lagi andaian sy ini dengan misalan sekiranya anda sendiri terlanggar seseorang dan berkemungkinan dia yang anda langgar itu mampu menjadi rakan anda..betul atau tidak??..anda sendiri mengetahui jawapannya..!! 

Kembali mengimbas memori yang lalu..masih lagi segar dalam ingatan..ketika itu kami menghadapi peperiksaan setengah tahun ketika itu,dan masing-masing sibuk belajar..sungguh!! saya sgt menyukai suasana ilmu ketika ini kerana masing-masing mencari rakan-rakan y fhm madah-madah tertentu,saling mengajar dan diajar..bila musim peperiksaan ,kelazimannya bg pelajar-pelajar yang menetap di asrama akan ada yang tidur lambat sehingga jam 3 pagi..ini pengalaman saya,dan saya berani katakan ianya masih lagi berlaku sehingga kini..walaupun ramai para motivator y mempunyai high class education memberi penerangan “risiko belajar lewat malam” tp mereka masih lagi melakukannya..bukannya saya menyalahkan keberkesann professional-profesional ini..tapi sikap pelajar itu sendiri..

“mirul..kau fahamkan madah mantiq ni??bab ini aq asyik pening…nan madah arudh wal qofiah..tolong aku ,kau kan hebat..??bley…” nazmee…

“insyaAllah..kita belajar sama-sama..ish,aku tidaklah hebat sgt..kan nie sikit je ilmu dr Allah ini.,ape y aku faham aku cuba bantu..kalau rasa aku salah dengan orang lain ajar ..tegur yer??”

“alar..hebatlar jugak..yelar..madah ni susah nak faham tahu tak..kalau faham kira hebat lerr…”…nazmee..

“macam-macam ler kau nie..kita belajar sama-sama ok?? Siapkan fizikal dan mental..mlm nie sambung belajar surau..boleh?”

..terukir senyuman ku ketika ini kerana mengenang kembali suasana belajar ketika itu..bagaikan masa sangat mencemburui kami kerana tanpa kami sedari..ianya da berlalu zamn indah persekolahan..waktu itu saya cuba memahamkan madah-madah dan subjek yang dia minta..mseh lgi ingat ketika itu dia berusaha bersungguh utk nk memahami,tp tidak juga msuk ..dlm hati saya hanya mampu memohon.. 

“Ya Allah,bantulah rakan ku ini dlm memhmi ilmu mu ..aq xpunyai apa-apa sebagai sahamku diakhirat melainkan ilmu ini untuk dikongsi bersama..andai ini bukan juga ganjaran untukku aku disana nanti,maka janganlah engkau sulitkan dia dengan sesuatu..permudahkanlah untuknya..aminn…” 

Dlm kekusutan malam yang dialami oleh sahabat ku ini ,akhirnya dia menerima juga kefahaman walaupun sedikit dari keseluruhan..jam ketika itu hampir 12 setengah mlm..

“nazmee..aku nk tidur dulu ni..kau jangan lewat sangat belaja..nanti kita bangun pagi-pagi,kita belajar semula..leh wat qiam sekali..jom??” tanyaku pada dia..terharu melihat seorang sahabat yang berusaha sedaya upaya belajar,tidak berputus asa dia gagahkn diri belajar smpai jam 4 pagi..bayangkan kuatnya usaha sahabat ini..

“takpe..kau tidurlah dlu..nt aq kejutkan kau bila da smpy kol 3 pagi..ok?aq nk fhmkan lagi sedikit ni..”nazmee..katanya hendak sedapkan hati aku.

..sesekali diri digagahkan seperti selalu berjalan ke ruangan surau,melihat ramai lagi rakan-rakan yang berusaha belajar..

dlm hati saya “alangkah indhnya jika suasana ni berterusan, insyaAllah akan lahirlah pelajar-pelajar yang faqih ilmu agama malah seiring dgn amaln-amalan yang hebat..aminn..”

Selsai diri ini mengambil wudhuk..menemuinya seketika memohon ampun sebelum diri ini dimatikan seketika atau sepanjang hayat…Allah sbgai tuhanku,tiada y layak disembah melainknnya..nabi Muhammad itu pesuruhnya,kekasihnya…ampuni dosaku …dgn syafaatnya..membiarkan diri ini lena seketika..
..rasa diri seakan-akan baru semalam berlaku,seolah-olah ianya bukan 10 bulan yang lepas..teruskan perjuangan mu sahabat..walau dimana kita berada..kerana kita adalah pejuang islam sekarang..

Saturday 3 August 2013

aku adalah ARKITEK


Catatan terindah ku nukilkan kembali dalam penulisan kali ini..
Untuk sahabat-sahabat seperjuangan..

Tidaklah seseorang itu akan merasai kelazatan nikmat yang diberi tuhanNya melainkan ianya berkongsi dgn saudara-saudara Nya …

Mengimbas tika detik .. langkah kaki ini meluruh memasuki ke dalam gerbang ilmu..

Masih segar kenangan ini lagi ketika di persekolahan yang lepas,walaupun ianya sudah berlalu 10bulan begitu sahaja. 

aku adalah arkitek




Namun,kata-kata seorang pengajar ini masih tidak lagi lekang dari ingatan.
Kenapa beliau berkata sedemikian?? 

Kerana kita bermula dari awal atau saat ketika ini perlu menetapkan apa laluan kita..

Halatuju kita.. 

Kemana kita selepas ini..

Sambung beliau lagi,seorang arkitek memerlukan gambaran reka cipta bangunan atau rumah y akan dibinanya..tapi bayangkan..

Seandainya tiada gambaran itu di minda seorg arkitek,mampukah dia terus membina rumah mengikut apa yang ada dihadapan matanya..??

seandainya didepan matanya itu ada batu bata yang berlonggokan dgn kayu2 ..tanah dan simen..mampukah dia terus membuatnya tanpa perancangan yang rapi??

Berapa batu bata yang diperlukan?berapa kayu yang hendak di beli ? simen ? dan sebagainya ..

Sy sangat menyukai gambaran yang ditunjukkan oleh ustazah ini.. hendak menjadi seorang arkitek..perlukan ilmu .. 

Begitu juga kita , utk menjadi seorang yang pandai (faqih) perlukan ilmu ..
Dengan membina pelan gambaran rumah, perlukan kemahiran dan pencapaian kita dalam ilmu engineering..

Begitu juga kita,memerlukan kemahiran dan pencapaian yang terbaik dalam menuntut ilmu dan setiap ujian peperiksaan yang kita hadapi..

Untuk membina rumah perlukan orang-orang yang membantu bagi menyiapkan kerja-kerja penukangan,pembinaan dan kerja sebagainya..begitu juga kita..memerlukan orang-orang y membantu kita utk Berjaya cemerlang didalam setiap peperiksaan y kita hadapi…

Dan siapa mereka itu?dan tika ini..mata sy memerhati guru ini dan telinga sy mendengar tiap patah huruf yang terbit dr mulutnya “seorang GURU ..dan rakan-rakan kamu adalah TAMBAHAN kamu dlm berjihad menuntut ilmu”  

..seandainya saya masih bertemunya..ingin sekali saya kata padanya .

ustazah .. bantu sy kembali bersama-sama dalam medan ilmu ini” .

Dan bahan-bahan y diperlukan seorang arkitek adalah batu bata,simen,kayu dan sebagainya ..begitu juga kita ..buku-buku,kitab-kitab,pen,pemadam,nota…semuanya adalah bahan bagi seorang pelajar .. dan utk meyiapkan KESELURUHANNYA ..memerlukan DAYA USAHA 
seorang ARKITEK… KEGIGIHANNYA.. KESABARANNYA..PENGORBANANYA…terapkan dalam diri kita..

INILAH RESEPI seorang PENUNTUT ILMU..ianya takkan mampu dibina tanpa usaha dari yang empunya diri sendiri. carilah ilmu walau dimana pun…
Bertebaranlah ke seluruh dunia seperti orang yang dahagakan ilmu.

Kamu dan aku adalah pendaei .. 
kamu dan aku bertanggungjawab memikulnya .. 
kamu dan aku adalah pemegang amanah ini...
Wahai golongan agamawan..



Syair 'Pendosa Tanpa Noktah'


Syair Pencinta hamba kepada Penciptanya.
Doa ini hasil nukilan saya sendiri,dan hasil doa ayahanda muallim saya di sekolah.
Moga ia bermanfaat.
Hayati bicaraku.
Bukan hayati diriku yang berdosa ini.






Ya Rabb..

Aq mohon kepadamu agar kau permudahkan urusanku  dlm menuntut ilmu..
Jadikanlah aku dikalangan orang  yang faqih dlm ilmu agama Mu,
Agar suatu hari nanti aku akn menjadi pembela agamu dan bertebaran menjadi tentera Mu yang menyebarkan dimuka bumi mu ini..

Ya Rahman..

Janganlah engkau beratkan aku dalam menghafal dan memhami ilmu Mu wlwpun ku tahu engkau menyanyangi hambamu dgn memberi ujian ..malah engkau menjadikn hambamu lebih kuat..
Andai aq mampu,kau ujilah aq..
Andai aq lupa padamu,kau sedarkn lah aku kmbali tanpa mengambil nyawa orang yang aku sayangi.
Jika ia ketentuanMu,maka aku Redha.

Ya Zal Jalalil wal Ikram..

Aku mohon kepadamu agar kau temukan aku kembali dengan keluargaku..dengan orang-orang yang aku sayangi..
Peliharalah mereka dalam rahmatmu..
Permudahkanlah urusan mereka ..

Sekiranya mereka lalai dalam melaksankn ibadah mereka kpdmu ..semata-mata hendak membesarkn aku dan adik-adikku..
Semata-mata hendak menjdikan kami anak-anak yang soleh..
Semata-mata hendak memberi kami makan dengan baik..
Semata-mata hendak menjadikn kami adik beradik mengingatimu selalu..
Semata-mata hendak kami menjadi anak yang terdiri dari tentera agamaMuu suatu hari nt.

Maka kau ampunilah mereka..
Ampunilah mereka dengan sifat maha pengampun mu..
Tidaklah aku memohon semua ni hanya kerana aku adalah hambamu.dan engkau adalah tuhanku.

Ya Allah..
Aku sering lupa mengingati engkau selalu ..
Aku hambamu yang leka dengn duniamu..ampuni dosa-dosaku .
khilafku…
Moga aku tidak tergolong seorg hamba y tidak bersyukur atas segala nikmat yang engkau berikan.

Friday 2 August 2013

Gelakan pertama


19/9/2012

Pengalaman pada hari ini sgt menarik bg saya.Mengapa?

Beginilah kisahnya.

Seperti hari-hari biasa,saya akan bangun awal walaupun kelas saya hari ini jam 9.30 pagi.Kebiasaanya selepas subuh  saya akan cuba menahan mata daripada terlena.

Kadang-kadang itu terlena juga saya mungkin kerana tidak biasa dengan cuaca yang sejuk yang menyamankan tetapi  saya tetap lawan dengan cabaran cuaca ini.Berusaha untuk bangun awal juga.Sementara waktu yang berbaki lama ini saya gunakan dengan mengejutkan rakan sekelas saya yang liat nak bangun.

Walaupun kadang-kadang itu kurang menyenangkan hati saya namun jikalau dia tiada pagi itu,pagi saya tidak ceria.

Selepas kami bersiap-siap kami terus bergerak menuju ke jamiaah dengan menaiki coaster seperti hari-hari biasa


Beside Markaz Askari 
Jamiaah Street




Hari ini madah bahasa arab99.Madah ini kebiasaanya wajib diambil bagi pelajar-pelajar yang tidak lulus ujian berkomputer semasa pendaftaran awal di jamiaah.Disinilah saya mulai rasa kegagalan yang sebenar.

Rupanya semakin banyak ilmu yang saya pelajari,semakin saya rasa diri ini masih lagi kekurangan ilmu.Langkah kaki ini mula memasuki dewan kuliyah yang bertingkat ataupun dalam bahasa arabnya ‘Mudarraj’.

Dari pandangan mata saya secara keseluruhannya,hanya  saya dan 2 orang lagi (bertiga) malizin dan yang lainnya pelajar-pelajar arab.Kesemua mereka ini tahun pertama ataupun kebiasaanya arab panggil ‘sanah ulaa’ .

Agak lama juga kami menunggu kehadiran dokter ,akhirnya datang seorang perempuan.Orangnya berumur dan daripada gayanya saya yakin inilah dokternya.

Waktu yang terbuang  tadi memberikan kami kesempatan untuk melepaskan lelah berjalan ke jamiaah sebab fakulti ini agak jauh dari tempat masuk jamiaah.Mungkin kerana kami belum terbiasa lagi dengan jarak ini membuatkan kami rasa jauh perjalanan dari ruang masuk.

Sesi pembelajaran kami bermula,Doc perempuan ini pun mula memberikan kata-kata secara bersahaja. Sesi awal pembelajaran kami hanya dengan bersembang-sembang antara 2 hala antara pelajar dan dokter.Kadang-kadang itu terselit lawak sekuliyah dan saya cuba memahami  bahasa  percakapan mereka.Sangat seronok bila kita memahami apa yang ingin disampaikannya.

Dan dalam sembang-sembangnya adalah sedikit saya dapat terjemahkan.

Antara kata-katanya :“kamu orang arab,bangsa arab tetapi kamu sendiri tidak lepas kafaah..sungguh mengaibkan !” ha..lucu kn?Bukan kita sahaja menghadapi masalah bahasa sendiri iaitu bahasa Melayu tetapi mereka juga.

Lihat sahajalah berapa ramai pelajar-pelajar sekolah kita yang tidak lulus dalam bahasa Melayu?Aib bukan? Selepas itu, beliau cuba mengajar I’rab.

Tiba-tiba kawan sebelah saya ini menarik perhatian dia. 

“kullu malizin naam,naam,naam…” secara spontan satu kuliyah ketawa.

Selepas itu,dokter tanya pula “shu asmak??’’.. 'Apa nama kamu ??'

idham”..muhammad idham”..

 “shu I’rab muhammad?’’ 'Apa i'rab muhammad?'
.
Dalam hati saya .. “ha..masaklah kau kali ini..”

Dalam keadaan yang gelabah,kawan saya kalut fikir,sayup-sayup kedengaran jawapan dengan nada suara perlahan.. “mubtada”..ape lagi,kawan saya pun lepas jelah ckp apa yang didengarnya.

Satu kuliyah bertmbah-tambah ketawa termasuk saya.Selepas habis kelas,kami bertiga berjumpa dokter.

Perkataan awal yang dia cakap pada kami , “la taghdob…la tagdob..la taghdob
'Jangan marah..jangan marah..jangan marah"

Mungkin kerana gelakan tadi,beliau ingat kami hendak marah tetapi kami Cuma nk diberi perhatian.Kami bangsa ajnabi,bangsa asing dan dokter hanya sarankan kami sentiasa bercakap dengan dia sebab salah atau betul beliau tidak kesah.

Apa yang penting bercakap, lama kelamaan akan faham.Kami faham apa yang beliau cakap cuma hendak balas tidak reti.Itu sahaja kelemahan kami.

Usai tamat pembelajaran harini,kami blek dari jamiah pula..lagy kisah lucu..sedang kami hendak pulang  mencari coaster untuk balik ke pekan mu’tah.



Tiba-tiba kami lihat satu coaster ini penuh,jadi kami putuskn untuk ke coaster yang lagi satu,kosong..boleh rehat2 jap..

Masa nk naek nie tbe pak arb coaster 2 jerit..”sodiq!sodiq!sodiq!” 
'Kawan ! kawan ! kawan !' ..cukup marah dye ble coaster dye x dipenuhkan..amek kau..satu budaya y saya takjumpa kt malaysia agy..haha..panglmn y sgt menarik..

Thursday 1 August 2013

Pandangan pertama Ku .


18/9/12

Minggu ini merupakan minggu pertama masuk kuliyyah.Kedatangan saya yang awal di bumi Urdun ini memberikan satu ‘advantage’ pada saya.Saya masih berpeluang melihat kawasan-kawasan sekitar Universiti.

Kelebihan masa ini memberikan saya mengenali struktur-struktur pembangunan Universiti.

‘Masya Allah ! Sungguh cantik kawasannya.’ 



Seolah-olah university ini baru dibina bangunan-bangunan fakultinya.Walaupun kedatangan saya ke bumi ini terlalu awal bagi rakan-rakan yang lain namun ia tetap memberikan saya satu kelemahan iaitu sukar mengingati jalan hatta ke rumah saya sekalipun.Malah hendak mengingati jalan mana,saya terpaksa mengambil masa 2 atau 3 hari untuk mengingati.Begitu lemah sekali daya ingatan saya.

Melalui cerita-cerita orang yang pernah pergi atau belajar di mu’tah sewaktu saya di Malaysia, mu’tah seperti sebuah pekan koboi. 

“Benarkah ?”



Melalui hari pertama saya menjejakkan kaki di bumi mu’tah ini,seolah-olah saya berada di pekan 90an.

Inilah  ‘Pandangan pertama”. 

Namun itu semua bukan permasalahannya.Bagi saya, biarlah dimana belajar sekalipun asalkan saya dapat mengurangkan kos sara hidup saya semasa belajar itu sudah memadai.

Hari pertama saya masuk university,saya tidak pernah bermimpi saya akan jejak ke university ini malah saya hanya mengangankan langkah kaki saya ke univrsiti tempatan sahaja.Sungguh perancangan Allah itu sempurna.Kita hanya mampu merancang dan Allah sebaik-baik perancang.

Disini pensyarah digelar ‘Dokter’. ‘Kenapa mereka digelar dokter?” Pensyarah disini dipanggil dokter kerana mereka ini seolah-olah Dokter Ilmu di Jamiaah.Andai ada sebarang permasalahn (penyakit) mengenai ilmu.Mereka (ubatnya) tempat kita merujuk di universiti. Tambahan pula,mereka ini merupakan pakar-pakar dalam bidang tertentu sehinggakn ada salah seorang dokter yang ‘master’ sehingga 2,3 kali.Sangat berbeza dengan suasana di Malaysia.

Hari pertama selalunya jamiah hanya membiarkan pelajar-pelajarnye melihat dan mencari kelas masing-masing.Tetapi ade juga desas-desus senior yang kata “tidak pergi ke jamiah pun boleh,sebab list kehadiran dokter tak ambil lagi” , “Betul?” Tanya saya.

Saya tidak kisah pun ada ke tidak dan itu tidak menjadi masalah bagi saya.Saya hanya hendak sesuaikan diri dengan kawasan jamiaah dan sekitarnya agar tidak kekok bila bersendirian hadir.Prinsip yang saya pegang daripada saya bersekolah rendah lagi ialah kehadiran ke kelas itu ‘wajib’sebab setiap kali saya datang ke gedung ilmu apa yang saya lihat adalah harapan mak ayah.Bagi saya ,tiada asbab atau musabab yang menghalang daripada hadir ke kelas melainkan sakit dan bukan dengan izinNya.



Bermula Hari ketiga barulah dokter msuk.

 ‘Dr Hammad Azam’ 

Madah ‘Madkhol ila Fiqh Islami’ salah satu madah kunci awal dalam mengenali ilmu syariah ini.

Penerangan yang cukup jelas dan bersemangat oleh seorang dokter ini membuatkan kami sekelas lebih bersemangat dalam belajar.

Saya tidak nafikan untuk kali pertama ini saya mengalami masalah dalam memahami apa yang dokter mahu sampaikan.Semoga Allah permudahkn segala urusan menuntut ilmu ini