Friday 29 November 2013

Mencari Jawapan

Kadang aku mencari ..
Apa maksud dunia yang fana ini ?
Sedang maksud diakhirat ramai yang mengerti ..penghayatan pula sebaliknya.

Ada yang mengejar kemewahan.
Ada yang mengejar kejayaan dalam peperiksaan.
Ada yang tersungkur tanpa bangkit dari kegagalan.
Ada yang terus merosakkan segala-galanya disekeliling.

Mata melihat,
Telinga pula mendengar ..
Mulut pula berzikir ..
Lalu fikir dan zikirlah (FIZIK)



Cuba jadi pemerhati yang baik.
Diri anda berada jauh nun dari pelosok bumi ini..
Diri anda berada jauh dari kepincangan media harini.

Melihat bumi ..
Indah ciptaanNya dibentuk bulat,
Mengapa tidak segi empat,segi tiga dan berbagai2 bentuk ?
*Saya senyum ..
Semua orang ada hujah masing-masing mengenainya..

Lihat isu demi isu..
Bermula dengan isu Gaza ..
Semua orang cakna mengenainya..
Ada yang berpuisi,
Ada yang mencari publisiti dengan mempromosi baju2,button dll..
Ada pula yang menjadi pengkritik .

Beralih pula ke isu anak luar nikah ,
Berbagai pandangan,kritikan,dan nasihat y diulas,
Kadang aku terfikir ...
Bila hendak guna hukum harus ?
Bila hendak guna hukum makruh ?
Bila hendak guna hukum Wajib ?
Sehingga terbuang anak luar nikah???
Mana ihsan manusia terhadapnya ?
Mana asas agama yang ibubapa terapkan ?
Salah kerajaan kah ?

Cukup kemusnahan ini.

Mari lihat lagi isu demi isu ..
Mesir ..dalam sejarah atau peristiwa ?
Dahulu Firaun ..kini Sisi ..
Dahulu Nabi-Nya..kini PemerintahNya..
Namun manusia masih lagi leka..
Menjual nama 'MESIR' dalam ekonomi masing2..
Atau sebahagian SEDEKAH ?
'Bainahu wa Baaina Allah'
Masing-masing membawa berbagai gaya ..
'Simbol Rabbah' menjadi trend ..
And then people start confiusing..
People start Questioning ...
'Untuk apa simbol 4jari'?
'Apa Maksudnya?'

Kini,isu 'macam cantik je' pula hangat .
Oh Ummah..
Lihat dengan mata hati..
Kamu sendiri melupakan apa yang kamu kerjakan .

Isu demi isu,
Babak demi Babak.
Drama demi Drama..

Bila isu baru mula timbul,isu lama tenggelam.
Lupakah Saudara kamu yang tengah berperang di medan JuangNya?
Dan engkau hanya berjuang di medan 'papan kekunci' ,
Setiap nasihat ,mudah sahaja kau cantas !
Setiap pandangan ,mudah sahaja engkau kritik !
Dimana adab hormat menghormati ?
Dimana adab meraih pandangan org lain ...

'Allahumma Surna Musilimin wal Mujahidin fi kulli makan wa zaman'

Thursday 28 November 2013

Semester Kedua ku..1st year in Jordan

28/5/13

---lembayung muaddal thani------

Sebelum nak tasjil madah dgn seorang Dokter ini.

Sy terima berbagai-bagai komen dan kritikan.

''Tidak susah ke amek dgn dokter H ?''

'tak mahu jaga muaddal ke ?'' 

'Padu lah ang ni amek dgn beliau !!"

''Beliau susah nak dapat markah tinggi''

Dalam benak fikiran saya,saya hanya bersangka baik.

'Mungkin ada hikmah kenapa semua madah y sy hendak tidak dapat'

Hanya lambat beberapa minit sudah 'mughlak syubahnya.

Sehinggakan ada y tunggu dr malam, 'sharp' dpn laptop semata2 nak berebut tasjil madah y diingini.

Namun itu semua tidak mematahkan semangat sy,sy sentiasa bersangka baik.

Walaupun ada ura-ura angin menkhabarkan 'hanya lulus' sahaja jika mengaji dgn beliau.

Dan antara banyak-banyak madah,sy mengklasfikasikn madah ini pd target '55' dan kebawah.

Tetapi itu terjadi sebaliknya,malah madah beliau lah yang score antara madah-madah lain.

Alhamdulillah..

Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya adalah bersangka baik terhadap setiap 'dokter2' atau 'guru2' kita ..

Jangan kerana kita mendengar kritikan dan komen yang negatif.

Kita sudah set dlm mind dengan menganjakkan minda sedar kita melebihi perkara yang belum nampak natijahnya.

Maka bagaimanakah caranya untuk mengatasinya?

Saya katakan 'MUDAH'

Hanya bila pemikiran minda sedar kita seiring dgn jiwa yang sedar dan kuat pada Allah.

Selalu kita dengar 'tajdid niat akhi/ukhty' 'belajar lillah hi taala,bukan kerana muaddal tetapi ilmunya'

Kita seringkali dimotivasikan dengan berfikiran positif namun sebenarnya ia tidak sempurna jika tidak seiring dgn kekuatan 
dan semangat dari hati kita.

Kita berusaha Memprogram semula fikiran. 
Namun seringkali akhirnya fikiran kita akan terprogram kembali kepada level yang lama kerana hati kita belum diprogramkan dengan benar.

Sebenarnya apa yang penting adalah mempositifkan jiwa dan hati ini.
Jangan mengalah dalam menuntut ilmu walaupun likunya melebih liku2 orang lain.




Saya kongsikan sedikit hadis Qudsi.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi:
“Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu.”
“Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.”
“Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas.

wallahu a'lam..

Mumtaz untuk Ummah !!

Saturday 23 November 2013

Ada apa dengan Tabiin ??

Kebanyakan orang menceritakan perihal kehebatan tokoh2 tertentu di zaman kini ,tidak kiralah tokoh itu darimana sekalipun..barat .. timur..selatan..utara ..

Tp cuba kita belajar dari sejarah ..
Dari golongan dahulu2 ..
Zaman prasejarah Islam..

Pasti kita temui nilai DIRI ..

Saya bawakan 2kisah biodata tabiin ..
Tokoh yang jarang didengari ..tp mereka orang2 yang hebat dahulu ..
Kini , nama mereka tenggelam ..kerana pincangnya zaman beredar dengan 'ketidaksamaan' org kini .

Hakikatnya,kita akan kembali ke zaman dimana kuda digunakan dlm peperangan,busur anak panah dibelakang badan..laut sebagai medan pertempuran ..

Oh ..ummat !

Tiada apa yang mahu aku kongsikan pada kamu semua..
Selain apa yang aku dapati dibumi Syam ini ..
Mutiara-mutiara yang terjatuh aku kutip ..
Lalu aku kongsikan nilainya ...
Agar kita semua kaya dengan ilmu (CAHAYA)


Tabiin Tawus Bin Kaisan Al Yamani..

Nama penuh : Abu Abdurrahman Tawus Bin Kaisan Al Yamani Al Himyari Al Janadi.
Himyari diambil sempena nama dari Qabilah Himyar ..
Dan Al Janadi nama sebuah tempat Janad.

Maula Raisan ..dan ada pendapat mengatakan maula Hamadan

Diriwayatkan darinya Abadalah Arbaah iaitu :
1. Abdullah Bin Umar
2.Abdullah Bin Amru Bin 'Ash
3.Abdullah Bin Zubair
4.Abdullah Bin Mas'ud

Beliau banyak duduk bersama Ibnu Abbas dan mengambil tafsir darinya lebih banyak dari sahabat yang lain ..

Dan berkata Amru Bin Dinar : 'Aku xpernah melihat seseorang seperti Tawus,dan dia yang paling banyak mengeluarkan dari sahabat Kitab Sittah(Bukhari ,Muslim ,dan Sunan Arbaah) .. 

*Tambahan..

Diriwayatkan juga dari Umar Ibnu Khattab,disebutkan juga seorang lelaki dari ahli Yaman namanya Tawus , bermaksud ini adalah mukjizat dari Rasulullah s.a.w.
Dimana nabi s.a.w mengkhabarkan pd Umar ibnu Khattab ,akan datang lelaki dari ahli Yaman namanya Tawus ada padanya 'Janbihi Bayad' .
Beliau Mustajab Da'wah . (sepertimana yang hendak dikhabarkan nabi)
Salah seorang anak murid Ibnu Abbas .

'Ata' Bin Abi Rabah ..

Nama penuh : Abu Muhammad 'Ata' Bin Abi Rabah Al Makki Al Qorsyi..

Seorang Abid dan Hamba 
Kerna beliau mengHambakan diri ketika siang dan beribadat ketika malam ..

Seorang lelaki yang gelap ,berhidung pesek dan pincang,buta ..dll ..
Ketika masih kecil 'Ata' bin Abi Rabah merupakan hamba milik seorang wanita Makkah,namun Allah meletakkan penghormatan kepada hamba Habsyi ini apabila Dia meletakkan anak kecil ini di lorong ilmu.

Salamah Bin Kuhail pernah menyebut : 'Sy tidak pernah melihat orang y benar2 mencari ilmu hanya KERANA ALLAH seperti mereka bertiga iaitu ' 'Ata' ,Tawus ,dan Mujahid '.

'Ata' Bin Abi Rabah dari segi ilmunya,tiada sesiapa dapat yang dapat mengalahkan ketinggian ilmu beliau.Khalifah ketika zaman itu melarang para ulama' lain berfatwa tentang hukum2 haji dan manasik selain 'Ata' Bin Abi Rabah.

Apa yang kita boleh pelajari dari tabiin ini 'Ata' Bin Abi Rabah?

Kehebatannya daripada sifat-sifat mulia yang terdapat dlm dirinya..
Salah satunya beliau tidak pernah bosan mendengar ilmu wberpunca alaupun telah berulang kali mendengarnya .

Jika seseorang menyampaikan sesuatu ilmu,beliau akan mendengarkan secara baik meskipun sudah mengetahuinya.

Jika seseorang menceritakan sebuah kisah ,beliau tidak pernah berkata 'AKU SUDAH MENDENGARNYA.." sebaliknya ,beliau hanya diam dan mendengarkan dengan baik .

'Ata' berkata : 'Seringkali seorang pemuda meriwayatkan hadis kepadaku dan aku mendengar ucapannya seolah2 belum pernah mendengarnya.Padahal aku telah mengetahui hadis itu sebelum orang itu lahir lagi ' (Siyar A'lam al-Nubala)

Ibnu al-Mu'taz pernah berkongsi pandangan beliau ini : 
"Pelajar yang tawadhuk (rendah hati) akan mendapat ilmu lebih banyak.Sebagaimana tanah yang rendah akan menakung air yang lebih banyak"

Pelajar yang cinta akan ilmu,tidak pernah bosan mendengar ilmu itu berulang-ulang.Malahan ia suka membaca dan berbincang mengenainya.
Ini kerana semakin kerap ilmu itu masuk melalui telinga ke minda kita,ia semakin kukuh dalam hati.
Bak pepatah Arab ' Sesiapa yang mencintai sesuatu ,ia akan selal menyebut2nya'

Adab buruk yang perlu kita hindari ibrah dari kisah tabiin ini ialah :
Bersabar dlm mendengar pengulangan ilmu ialah adab yang baik .Namun mengulang soalan sama kepada guru adalah sebaliknya.Perbuatan itu menunjukkan kelemahan akal dan boleh jadi ia kesan kepada penyakit hati .

Berkata Waki' bin al-Jarrah :
'Sesiapa yang sudah tahu,namun tetap bertanya,sebenarnya ia hendak berkata : "TENGOKLAH,AKU PANDAI DALAM ILMU INI ' 

Ayuh ,hasilkan sikap tawadhuk seperti 'Ata' Bin Rabah ..insyaallah ..keberkatannya sama2 kita rasa..


Amerul Arief,

Jordan..

Monday 9 September 2013

Aku,ibu dan .....






Aku bukanlah penyair..

Yang mampu memanah hati hati manusia melalui kata2nya..

Bukanlah juga aq..seorang penulis..

Yg indah kata-katanya…menkhayalkan sesiapa membacanya..

Tp aq hanya..seorang pencinta ilmu..yang sentiasa mencari keredhaannya..

Tiada madah-madah yang indah hendak ku kongsikan melainkan ini..

Senyumlah wahai insan …

Perginya diriku..

Meninggalkan insan2 y hadir dalam lakaran warna hidup ini..

Tika akhir melepaskan tatapan wajah wajah kesayangan..

Hati ini bertanya..

Apakah mungkin dapat bertemu mereka kembali.

Bawalah terbang perasaan kerinduanmu ini..bersama jasadmu..

Lakarkan senyuman lagi di wajah mereka..

Meski kau tidak tahu…

Masih sempatkah…atau pun tidak..

Hari ini bukanlah hari diriku yang masih berbaki ini.

Tetapi..ini adalah hari pengorbananmu ibu..

Hari engkau bertarung utk melihat aq..

Membesar … dididik..dgn acuanmu…

Hari ini adalah hari ibu..

Hari juangnya…

Bukankah begitu…??

Ku sisipkan doaku utkmu dlm kembara ilmu ini..

Sentiasa..dan sentiasa…

Moga terbalas semangat juangmu pada anakmu ini…

‘terima kasih ibu..’

3/1/1994 .. hari lahirku .. hari juangmu ibu ..

Monday 26 August 2013

Aku dan Syita Part 1


Mataku mula mengalih kerdipannya pada langit illahi..awan yang sering tersenyum selalu  kini mulai rudum suram kepadaku..duhai hati..gembirakan hatiku melalui suramannya..

Aq mulai memahami keadaan syita’ (musim sejuk) y merubah mulai malam semalam..siapa sangka,angin yang dtg tiba-tiba menyapa kami warga mu’tah memberitahu bahawa syita’ semakin hampir..dlm hati ini persoalan mulai bermain dlm pemikiran kami pelajar-pelajar tahun satu..petanda saljikah kini..?? 
Ketika mana hujan mulai membasah bumi syam ini..percaya atau tidak tp inilah hakikat kami masih di tahun satu.

“Salji nak dekat dah..!! tidak lama lagi salji ler nie..!!”

kabus mulai menutupi pandangan mata ku..seolah-olah penghujung jalan tidak ku temui..titisan air embun hujan mulai berkaca-kaca jatuh ke bahuku..jarang seperti ini berlaku..hari ini agak berbeza seperti biasa..sehinggakan aq berjalan seolah-olah ada yang menolak..bayangkan..ketika cuaca sebegini,siapa sangka kuliyah di jamiaah ada atau tidak..masing-masing memikirkan keadaan di luar sana y sangat-sangat menerujakan kami warga-warga malaysia.

Ini pengalaman baru saya..bukan seperti kebiasaan di Malaysia..rindunya saya keadaan di Malaysia membuatkan fikiran ini mulai menerjah ingatan ke tempat halaman ..cuma berbeza di bumi syam ini.

Kaki mulai melangkah menuju mengejari ke gedung ilmu..tatkala kudrat tenaga melangkah..langkahku mulai tenggelam dlm tanah..lembutnya tanah sehinggakan tanah-tanah ini mulai mengotori "sandle" ..seluar saya mulai menerima tempias tanah y memercik.. 

“suka atau tidak musim sejuk ni ditambah dengan hujan??” bisikan hati ku mulai berbicara.. 

“astagfirullah !!”  kembali memohon ampun .

Setiap apa y kita tuturkan malah kita bicara walau dlm hati sekalipun akan dibicarakan disana nanti.

Saya tidak katakan kata-kata yang baik itu tidak dibicara ttpi ia lebih lagi akan diuji ..

"apakah yang kamu katakan itu kamu lakukan??" Semua itu akan dipersoalkan..

Perjalanan saya kejamiaah agak kelwatan sedikt kerana keadaan hari ini bukanlah sesuatu y baru.. 

Masing-masing mulai mengupdate status di ‘dinding’ masing-masing mengenai cuaca hari ini..bergambar..meluahkan kata-kata semangat ke jamiaah..seolah-olah semuanya pemberita di laman maya masing-masing..

Andai lar mereka semua itu pemberita…siapakah saya? Saya adalah penonton di kaca-kaca siaran laptop y mengulas kesimpulan berita hari ini kepada jiran-jiran setempat..haha..(lawak yang hambar)

Sesudah kuliyah pengajian hari ini tamat,saya mulai menyapa rakan saya berada di irbid.. 

“salam..bagaimana irbid sekarang?? Mu’tah dah nak salji da skrg..” ketawa kecilku dlm hati..

“merana ler anta” ringkas jwpan rakan saya.. 

Saya mulai memikir..andailar kita diberi dua pilihan ditangan kita..antara intan dan permata,
contoh y selalu owg beri..y mana engkau akan pilih? Tp disini bukanlar jwpan intan atau permata y saya kehendaki..soalannya..andai musim sejuk dan musim panas..yang mana yang engkau akan pilih?? Sukarkan soalan ini..tp ada satu rangkap kata-kata y menarik hati aq pada insan-insan y sudh hidup lama di mu’tah.. 

“nikmat musim panas adalah ketika di musim sejuk,dan nikmat musim sejuk adlah ketika di musim panas”..
Saya tersenyum tatkala kata2 ini dicoret di dinding-dinding maya..Saya menyetujui pendapatnya..

5/12/2012


---CONTINUE----

  

Friday 23 August 2013

Musim Bunga .. Hala' Wardah !!


Bismillahirrahmanirrahim..Demi nyawaku yang berada dalam genggamanmu..Kusambung coretan ini dengan memujimu dan kekasihmu Muhammad s.a.w

Setelah 2bulan sesi pengajian untuk semester pertama bermula,kini medan juang semakin menghampiri kami secara tidak sedar iaitu medan imtihan.Sedang kami khusyuk dan dahaga dalam menerima ilmu dari dokter-dokter atau lebih sinonim dengan panggilan lecture di jamiaah,kini tiba masa untuk mencurahnya .Dalam menghadapi peperangan medan juang ini,musim juga silih berganti seiringan dengan medan pilihanraya kampus (PRK) kami di Mutah.Jordan.Coretan saya untuk ini bukanlah mengenai bagaimana pilihanraya kami tetapi musim bunga.Bermula dari sinilah saya melihat tanah-tanah yang dahulu gersang,kering dan tandus kini kembali menghijau sejauh mata melihat.Musim Sejuk yang dahulunya menyelubungi kami dengan selimut yang tebal,pakaian yang tebal kini berganti dengan musim bunga .Saya agak teruja menantikan musim yang baru ini kerana berbagai tanggapan dan bayangan dalam fikiran saya mengenai musim bunga,

adakah musim bunga ini seperti berada di korea?

“adakah musim bunga ini pokok-pokok tumbuh dengan cantik dan berbagai warna”

“adakah musim bunga ini panas atau sejuk suhunya?’’

“adakah musim bunga ini tumbuhnya banyak jenis bunga yang tidak pernah nampak sebelum ini seperti pokok Sakura?” 






Pernah satu ketika apabila saya selesai muhadarah pertama,saya pergi ke Solah Umawi(cafeteria Jamiaah). Saya dan 2 orang lagi rakan duduk semeja bersembang mengenai kelakuan arab di kelas kami sebentar tadi.

Begini kisahnya,sedang saya duduk mendengar apa yang dokter sampaikan dalam kelas,sehinggalah ada 4budak arab yang pelik kelakuannya dihadapan saya.Mereka berbual-bual dengan nada yang perlahan seperti merencanakan sesuatu tetapi saya tidak hiraukan apa yang mereka mahu buat kerana focus saya pada apa yang dokter sampaikan.Ketika itu juga saya hendak bertanya pada rakan saya

“Hafiz,dah sampai mukasurat mana dah?’’ ketika itu juga saya ditegur oleh mereka 

“Sodiq,isma’ ildukutur ehki” “kawan,dengar apa dokter smpaikan”. 

Maka ketika itu juga saya cukup tidak berpuas hati dengan mereka tetapi saya senyapkan sahaja tanpa melayan karenah mereka.Dokter semakin rancak memberikan pemahaman dihadapan dan ketika itu juga salah seorang daripada 4orang arab tadi berganjak duduk kehadapan sedikit.

Kedudukannya menghampiri pintu keluar. ‘Hmm..sah ni nak cabut keluar kelas ’ desus dalam hati saya. 
Tiba masa sahaja dokter berpaling ke papan hitam,dia keluar.Dokter tidak endahkan,begitu sabarnya dia menghadapi karenah-karenah pelajarnya.

“Ya Duktur, huwa ruh min muhadhroh!” dari jauh kedengaran seorang kawan dia meminta dokter beri perhatian pada apa yang berlaku ketika ini.

Dokter hanya berkata “Biarkan dia,engkau jangan pedulikannya” .Tanpa disuruh dia mengejar rakannya itu tetapi saya tidak yakin,mungkin ini hanya lakonannya sahaja.Dia duduk kembali setelah toleh kiri kanan di luar mencari rakannya yang hilang tadi.

Pada masa yang sama seorang rakannya lagi memikirkan strategi untuk keluar dari kelas.Dia yang tadi puas berfikir akhinya pergi kehadapan dokter, 

“Dokter,saya ada muhadroh lain”

 dokter Tanya kembali “Apa nama engkau?’’

 “Nama saya takde dalam kelas ni’’

 “Betul ker? Baiklah.. segera keluar engkau”..kata dokter lagi.

Dengan lagaknya dia menunjukkan pada rakannya yang konon-konon menghalangnya keluar.Kini tinggal lagi 2orang,dia dan rakan perempuannya.Hampir setengah jam dokter megajar di hadapan dan sekali lagi perempuan yang sorang ini berjaya melepaskan diri dengan bantuan 2orang rakannya tadi.

Sepanjang pembelajaran berlangsung,saya dan rakan-rakan seolah melihat drama lawak pagi yang menjengkelkan.Apalah perangai arab-arab ni.Akhir sekali,tinggallah sorang sahaja rakannya yang kononnya  “menghalang” 3orang rakannya tadi . ‘tukk..tukk..tukk’ bunyi ketukan daripada pintu kedua.Dokter beralih perhatian pada bunyi ketukan  itu.Dan seperti yang saya jangka,arab yang tadi mula-mula halang kini dia pula larikan diri”.Sedangkan masa hanya berbaki 5minit sahaja sebelum habis muhadroh.Peliknya perangai mereka ini.. Allah..Allah..Allah.. Saya percaya perkara ini juga jarang berlaku di Malaysia,kalaulah adapun saya yakin dari bersikap sebegini dengan tidak menghormati lebih baik jangan tunjuk muka depan orang yang memberi kita ilmu.Lebih jelas maksud saya,jangan masuk kelas kalau tiada niat hendak menghormati orang yang menyampaikan ilmu.

Sedang kami menjamah makanan tiba-tiba datang seorang arab duduk bersama kami.

“Assalamualaikum..” Sapanya..

“Waalaikumsalam..”

‘Keef halak?’’  'Apa khabar kamu?'

“Alhamdulillah..kheir..” kata kami.  'Alhamdulillah .. baik ..'

“Anta syariah?Sanah Ula?”  'Engkau syariah ? Tahun pertama?'

“Naam..syariah..sanah ula..wa anta?”  'Ya..syariah..tahun pertama..dan engkau?'

“Ana syariah,usuluddin..”  'Aku syariah,usuluddin..'

“Kam sanah?’’ tanyaku . 'Tahun berapa?'

“Ana sanah rabi’ ..”   'Aku tahun empat '

“Hai akhir fasal?’’ 'Akhir fasal (semester) ?

“Insyaallah..” Ringkas jawapan darinya..

Fikiranku melayang-layang ketika ini,memikirkan sesuatu tapi apakah dia..
Tergerak hati ini bertanyakan sesuatu kepada dia..memandangkan dia takhasus sama dengan saya.

“Adakah susah Usuluddin ini? Tanyaku..lantas dijawabnya 

“Kamu takhasus Usuluddin? Pada awalnya mungkin senang tapi bila akhirnya insyaallah senang juga walau ada susah sedikit.”

“Bagaimana dengan musim bunga ini?” tanyaku kembali.

“Alhamdulillah ..baik sahaja..kebiasaannya ia akan bermula 27 Feb dan berakhir bulan Mei.”

Daripada apa yang saya lihat,perubahan yang berlaku membuatkan cuaca tidak menentu.Mana tidaknya,ada satu hari saya pergi ke kuliyah dengan memakai baju tebal tetapi bila sampai ke Jamiaah,dalam sekitar Jam 10 cuaca mulai panas,seolah-olah terasa suhunya seperti di Malaysia Cuma bezanya berangin sahaja.

Ketika itu saya tanggalkan baju tebal saya hanya tinggal selapis baju melayu.Kebiasaanya,waktu begini cuaca suam-suam panas sahaja.Tidak terlalu sejuk dan panas.Berlaku lagi kali kedua pada saya,ada satu hari saya hanya memakai selapis sahaja baju Melayu tanpa baju sejuk.Bila habis muhadroh sahaja,angin bertiup dan suhunya sangat sejuk.Saya ketika itu hanya mampu bertahan kesejukan sahaja.

Cuaca yang tidak menentu ini membuatkan saya pelajari satu perkara,kita hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.Dari musim inilah saya melihat pokok yang dulunya kering tanpa pohon kini tumbuh daun-daunnya beraneka warna .Subhanaallah. Sungguh Allah itu sukakan kecantikan ..!!

Sunday 11 August 2013

Ramadhan Ku diperantauan


Dalam suasana yang ‘rush’ dan ‘pick up' sesi pembelajaran untuk semester soifi ni,tanpa sedar Ramadhan sudah kembali menjenguk.

First of thinking of course ‘family’. 

Terbayang wajah-wajah keluarga di negara orang.Saya masih ingat lagi ketika Ramadhan tahun lepas,dimana sekolah sibuk dengan program ‘tadarus’ ‘ceramah ilmiah’ ‘iftor jamie’ semua ini mengimbau kembali kenangan disini.Kerinduan pada tanah air semakin mendalam.Its very heart deep feeling to say.

Hari pertama Ramadhan disini sangat meriah dengan suasana ‘pasar bazarnya’ , ‘suasana tarawihnya’ dan penghidupan amalan dibulan Ramadhan.Seronok cuma tiada ‘orang-orang tersayang’.

Namun,itu tidak menjadi asbab saya perlu bersedih dan ini adalah pengalaman pertama Ramadhan di perantauan.Sebagaimana semangat awal datang kesini meredah bumi anbiya’ beribu-ribu kilometer begitulah yang akan dipertahankan.

Kadang-kadang sibuk dengan imtihan,bahas(assignment) dan program-program disini membuatkan sedikit sebanyak perasaan rindu itu terubat.Ramadhan disini sangat menguji kami mahasiswa/siswi diluarnegara.

Saya tidak pasti cuaca panas di Malaysia bagaimana tetapi disini kami berpuasa yang siangnya panjang dan malamnya pendek dengan cuaca yang panas.
Inilah dugaan bagi kami,kadang-kadang sebelum tidur kami siap-siap sahur.

Andai ada kekuatan kami sempat bersahur sebelum subuh,andai sebaliknya begitulah sahaja terlepas.Sahur kami disini tidak terjaga.Kadang-kadang saya termenung sendirian,andai ibubapa kami tahu bagaimana sahur kami,pasti mereka sedih.Tetapi Mungkin kerana tidur yang lewat kerana mengulangkaji pelajaran atau mungkin sahaja kekadang bersembang untuk mengelakkan terlepas sahur dan subuh,setiap orang rutinnya berbeza2..

Bermula jam 7.45malam kami berbuka puasa,azan isyak berkumandang sekitar jam 9 malam dan pukul 10malam tarawih habis.Jam 11 malam sepatutnya waktu yang elok untuk tidur tetapi ada sahaja dikalangan kami belajar untuk ulangkaji bagi menghadapi persiapan imtihan yang mengejut.

Subuh kami disini pukul 4pagi,dan kelas pagi seawal jam 8 pagi.Perjalanan waktu yang sangat baik jika dirancang.Begitulah rutin harian kami disini.

Namun,Ramadhan kali ini sangat istimewa walaupun tanpa ayah,ibu dan adik-adik dimata.

Rutin yang seharian inilah yang cuba mengajar bagaimana keadaan ‘seorang ibu’ menyiapkan makanan untuk anak-anak dan suaminya berbuka.Cuma situasi saya disini balik dari belajar di jamiaah sedangkan ‘ibu atau bapa balik dari kerja’ .

Mereka memerlukan rehat yang secukupnya selepas pulang dari kerja,memikirkan apa yang hendak dimasak pada keluarga.Suasana yang cukup mengajar saya erti kehidupan tanggungjawab seorang ibu dan bapa.

Saya pasti ramai juga dikalangan kita yang ibubapanya bekerja,dan kadang-kadang kita lihat selepas pulangnya mereka ke rumah..mereka terus lena tidur.

Bila bangun dari tidur,mereka akan kalut

 ‘Ya Allah,mak tak masak lagi untuk korang’.

Pernah berlaku bukan?

Fahamilah perasaan mereka,selamilah kehidupan mereka.

Pasti anda akan turut bersimpati.

Antara yang menarik makanan Ramadhan dibumi anbiya’ ini adalah Qutayyif sejenis ‘pancake arab’ tetapi saya selalu namakan makanan ini ‘kuih dorayaki’ versi arab.



Makanan ini hanya ada dibulan Ramadhan sahaja.Qutayyif ini dimakan dengan cream yang dipanggil ‘qishtoh’ .Qistoh ini pula diletakkan sedikit gula bagi menyedapkan rasa creamnya.

Ada juga sebuah keluarga yang buat qutayyif ini versi Arab style.
Caranya di sapu cheese-jupneh, & letak kurma tanpa bji di dlm quttayif, lipat..kepilkan bahagian tepi) pastu goreng minyak sedikit...pastu dah angkat siram sikit dgn air gula.Sangat sedap katanya.Kalau nak tahu bagaimana rasanya silalah cuba !! 

Thursday 8 August 2013

Ku sambutmu Syawal dengan kegembiraan tanpa ku zahirkan kesedihan Ramadhanku

Laungan takbir mulai memecah kesunyian alam.
Sayup-sayup kedengaran takbir raya mulai bergema di angkasa raya.
Awan mulai menampakkan keriangannya menanti hari lebaran.

'Allahu akbar ! Allahu Akbar ! Allahu akbar !'

'La ilaha illa allahu wa Allahu Akbar !'

'Allahu akbar walillah hilhamd'


Apakah makna Syawal untuk kita?

Kerana insan yang bergembira 'tanpa mengetahui sebabnya' adalah 'gila' .


Dan insan yang 'tersalah sebab' gembiranya adalah insan yang bercita-cita untuk gembira walhal ia sedang berduka lara.



Tatkala mendengar alunan takbir raya,nadanya menyelusup memasuki ke ulu hati kita.
Lantas tanpa kita minta,gugurnya embun kaca halus dari mata.




Mengapa kita menangis?

Datangnya Syawal dinantikan,
Bila tibanya Syawal kita kesedihan.

Mengapa kita gembira?

Datangnya Ramadhan dinantikan,
Bila perginya Ramadhan dirindui.

Syawal ini bermakna jika kita menghayati maknaNya.
Bukan semata-mata hanya ziarah menziarahi,juadah beraneka raya,baju raya,duit raya dan lain-lain tetapi penghayatan amalan kita.
Ramadhan adalah 'madrasah' bagi kita.
Ia lebih mudah difahami Ramadhan sebagai sebuah 'sekolah' bagi kita.
Imbas kembali saat kita mula bersahur.
Mengapa kita boleh bangun sahur seawal sebelum subuh?
Atas sebab apa kita mudah bangun malam?
Semuanya atas sebab kehendak 'ingin makan' .
Disebabkan kita telah berniat hendak bangun sahur,makan,kita gagahkan diri untuk bangun.
Dan dengan waktu yang berbaki sebelum subuh,kita lakukan solat sunat,baca Alquran dan lain-lain.
Walaupun pada hakikatnya di bulan lain tidak begitu.

Tidak rindukah kita?

Kalau dahulu kita boleh bangun bersahur dan buat solat sunat,baca kalamNya..
Mengapa tidak kini?Di bulan Syawal.

Ramadhan melatih kita untuk tidak makan minum.
Ramadhan melatih kita untuk bersabar.
Ramadhan melatih kita untuk bercakap perkara-perkara baik.
Ramadhan melatih kita untuk berusaha melawan kehendak duniawi.

Atas sebab apa?
Bukannya kita tidak boleh menyorok makan dan minum tanpa dilihat orang..
Tetapi disebabkan kita pilih 'Tidak Mahu' .
Maka kita telah berjaya mengharungi Ramadhan ini.

Syawal adalah 'graduate' untuk kita.
Syawal merupakan 'trophy' untuk kita.
Seandainya jika 'product' yang dikeluarkan dari Madrasah Ramadhan 'good quality'nya .. maka Syawal ini adalah 'result'nya.

Mari perbaiki kekurangan diri.
Mari ikuti teladan terbaik.
Moga kau dan aku sama-sama menjadi hambanya yang soleh/ah ..

Tuesday 6 August 2013

Ramadhan .. jangan dikau pergi ..

Menghitung detik-detik pengakhiran Ramadhan.

Pasti ada sahaja antara kita yang berkata,

'Sedihnya.. Ramadhan berlalu begitu pantas !!'

'Kenapa cepat sangat bulan ni puasa ! Aku tak sempat lagi nak beramal !'

'Kenapa terasa seolah-olah Ramadhan ini hanya menjenguk sahaja?? "

Ada pula yang tidak sabar perginya Ramadhan.

"Yeay ! Esok nak Raya ! Nak kumpul duit Raya banyak-banyak ! '

'hmm..hmmm..tak boleh jadi ni , Syawal tak lengkap tanpa baju raya,kuih raya,duit raya ..handphone baru !'

Apa sebenarnya makna Ramadhan bagi kita?
Sahur?Bazar?Berbuka puasa?Tarawih?Qiam? atau makanan yang jarang dijumpa dibulan lain?? 

Ramadhan .. sama ada dia menjadi tetamu kita atau kita menjadi tetamuNya?




Bermula awal Ramadhan kita terlalu gembira.Saat kita berbuka sekeluarga,bersama kawan-kawan dengan makanan yang kita terliur dari saat pergi bazar,kadang-kadang kita terlupa.

'Adakah makanan yang aku makan ini akan menambahkan amalanku dibulan ini??'
Kita terlupa niat asal kita saat mula berbuka,cukup hanya melafazkan 'alhamdulillah' sebagai tanda syukur.Sudah menunjukkan kita ini hamba bersyukur.

'Boleh ke aku bangun semula untuk berjumpa denganMu Ya Rabb pada 1/3 malam nty?'

Pasti sukar bukan?? Kita tidak mampu beri jaminan pada Dia.Sedangkan dia mampu memberikan jaminan nikmat  pada kita 'Maka,nikmat tuhanMu yang manakah engkau dustakan?'

Apabila bertemunya Ramadhan,nabi s.a.w berdoa :

'Ya Allah selamatkanlah kami untuk Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan untuk kami'

Riwayat lain 'selamatkanlah Ramadhan dari kami..'

Satu erti kata yang sangat agung..

Mengapa 'selamatkanlah Ramadhan dari kami?' iaitu 'jangan biarkan kami berbuat jahat dan jangan biarkan kami meragut kemuliaan Ramadhan,jangan biarkan kami berbuat dosa yang tidak sepatutnya dan kurang beradab di bulan Ramadhan'

Inilah cara Rasulullah ketika bertemu di malam Ramadhan.

Dan kita??
Masih seronok dengan makanan ? tidur ? 
Bagaimana amalan kita?

Dahulunya kurang membaca Al Quran,kini ??
Dahulunya kurang bersedekah,kini??
Dahulunya kurang berbuat baik,kini??
Dahulunya kurang berkata yang baik,kini ??

Kalau perangai jahiliah kita masih dibawa sehingga bulan Ramadhan ini,
Maka tidak ada gunanya Ramadhan bagi kita.

Allah beri 30hari untuk kita manfaatkan kemuliaan bulan ini.

Perbanyakkan amalan bukan kemaksiatan.
Perbanyakkan menyebut kalamullah bukan laghah.

Bila akhir Ramadhan,kita pula berkata ,

'alahh..sedihnyaaa..Ramadhan pergi ..'

Sepatutnya kita merasai kemuliaanya,bukan penyesalan.

'Alhamdulillah..aku berjaya manfaatkan amal di bulan ini'

Manusia ini sentiasa rugi.

'Demi masa,sesungguhnya manusia kerugian'
(surah Al asr)

Sudah termaktub dalam kalam sucinya.
Bukan ayat semata-mata untuk umat terdahulu.tetapi hingga berakhirnya penghidupan kita.

Kita sentiasa dalam kerugian.
Kita mampu merancang perjalanan hidup duniawi tetapi kita gagal dalam ukhrawi.

'Aku ingin jadi dokter 3tahun lagi'

'Aku nak graduate degree umur 21 tahun lagi'

'Masa kahwin nanti aku nak ada sebuah kereta,sebuah rumah,dan 3orang anak'

Tetapi jarang kita jumpa orang yang rancang ukhrawinya.

'Ramadhan nanti aku nak banyakkan amalan aku'

'Ramadhan nanti aku hendak sentiasa Qiam disurau'

'Ramadhan nanti aku nak habiskan 30juzuk bacaan dengan semak'

'Umur 24 nanti aku dah habis hafal 30 juzuk'


Jarang bukan?? Kadang-kadang dalam beramal pun kita berkira dengan Allah.

'malam ni aku nak terawih 8rakaat je..'

'Malam ni nak baca 2muka surat je Al Quran..'

Bila beramal kita beralasan,katanya buat amalan tak boleh dipaksa-paksa.
Ohh.. begitu ..??

Bila bab duniawi,
Pandai pula kita tak bertangguh ..

'Mana boleh stop maen game ni,sikit je lagi nak menang'

'Mana boleh berhenti tulis kertas kerja ni,sedikit lagi nak siap !'

'Mana boleh nak stop movie ni,sikit lagi nak pengakhirannya !'

Mari islahkan diri.
Ramadhan ini jadikan ianya bererti.
Bukan berhenti beramal,tetapi sentiasa pertingkatkan amal.





tangisan darah saudaraku Gaza….


Saudaraku....              

Tatkala dunia ini sedang menghirup udara kehormanian,

engkau disana menderita kesakitan menerima butiran debu api ….

Kini,

darah saudaraku mengalir jatuh ke bumi..

Butiran mutiara airmata mulai membasahi pipi,..

engkau telah membuka mata dunia ini untuk melihat kekejaman zionis..

'Mereka musuh laknatullah yang kejam !! '

Saban hari ....

'Mereka terus-terusan membunuh,merogol,menodai maruah islam,dan kita saudara mereka hanya melihat sahaja ! ! !'


'Siapakah Paling KEJAM ??!! Kita atau Mereka?'





“Lihatlah lah wahai Dunia !! “


Benar kata Adolf Hitler… "aku tinggalkn kau seorg Yahudi 

untuk kau kenal siapakah mereka..”

Mendengar rintihan dari anak-anak kecilmu cukup sayup 

membuatkan kami bangun dari tidur yang lena ini..

Benar,....!! senjata umat islam adalah DOA.

Bagaimana penerimaan doa kami padamu ya Rabb..

Maafkan kami wahai saudara..

Andai doa kami ini makin membuatkan engkau disana 

banyak tertumpahnya darah,..

Makin ramai yang syahid….makin ramai yang menderita…

Tiap detik….minit…..

Tanpa henti…

“Aku meminta KEKUATAN..dan Allah memberikanku kesulitan utkku menjadi Kuat..”

Percisan dari kata Salehuddin Al-Ayubi cukup menyakinkan 

kita tentang DOA..

Dunia..oh dunia…!!


Lihatlah saudaramu..!! Lihat dengan mata Hati mu.. !! 

negara islam telah diceroboh..!!

Hati ini menangis…terasa dirobek begitu sahaja..

….saudara kami ditindas dengan kejam..

Kami pula hanya melihat,mendengar.. disiksa secara batin…

Ingin sahaja aq berdiri teriak pada telinga dunia….

“Bangkitlah umat islam!! Kita jahanamkan yahudi laknatullah ini..!! ”

Kami percaya pd JanJi Allah..

Umat islam akan bersatu..dan engkau yang berjuang disana ,

Mendapat Jannah sebgai ganjarannya..

Berbahagialah engkau disana wahai saudaraku..

Tiada daya upaya melainkan dia…

Janjinya adalah pasti….kemenangan Islam itu pasti..