Friday 10 January 2014

Di Suatu mimpi ..

Kesejukan ..Membatasi pergerakan ku.
Kesihatan ku sedikit terjejas.
Fatrah imtihan mula mendesakku.
Kuatkah aku ?
Mampukah aku ?
Melihat setiap semangat antara mereka .
Membuatkan aku tetap berjalan,
Walau aku tahu ,
ku bawa sakit jatuh itu ..mengundang risiko yang terduga.

Sakit itu nikmat .
Dan antara nikmat itu adalah sakit .
Dan melalui sakit itu , 
hambaNya mula mengangkat tangan,
Mendongak ke langit,
Mengharap agar sakit itu disembuhkan.

Berbeza pula diri ini,
Seandainya sakit ini menghampir kan aku dgn Mu ya Rabb,
Berilah..
Aku rela tanggung ..
Daripada aku sihat ,
Tetapi aku melupakanmu ..

Matahari silih berganti,
Bulan pula menanti aturan untuknya pula,
Kepalaku mulai berat .
Seolah dibebani oleh sesuatu.,
Aku gagahkan juga kaki ini ke rumahNya,
Meski ku tahu mungkin akan terjatuh tanpa diduga.




Aku percaya,
Kekuatan itu bukan dari diriku,
Tetapi dariNya,
Dia memberi .
Dan aku menggunakan kudrat dariNya.

Aku cuba tutup mata,
Tetapi bukan masanya,
Ini bukan rutin ku , 
Tidur selepas dua solat fardhu,
Terlalu awal ,
Aku penuhkan masa dengan memujinya,
Dan aku paksa lelap mata ,

Sehinggalah ...

Aku sampai di sebuah bandar ,
Kemusnahan didepan mata, 
Sunyi ..
Tiada sesiapa melainkan diriku,
Aku cuba berjalan ,
Mencari jejak seterusnya
Aku terdengar suara teriakan budak kecil,
'Jangan .. jangan.. lindungkan aku..'
Dua orang budak ,
Seorang perempuan ,
Dan seoang lelaki ,
Ku lihat kakak dan adik lelaki ini,
Memegang erat baju ku,
'Lindungkan aku ..lindungkan aku..'





Bunyi berdesing,
Letupan dari pelbagai arah ,
Angin begitu kuat,
Bayang-bayang besar di atas ku,
Aku dongak kelangit .
Kelihatan gegak gergasi diatas,
'Ahh.. helikopter ?? apakah ini ??' aku kehairanan dalam panik,
'Jangan bagi dia nampak aku ! Jangan !' suara kanak-kanak ini membuat aku lebih kehairanan,
Mataku dikaburi kabus hitam,asap..dan  desiran angin yg menyukarkan penglihatanku.
Kelihatan dua orang penembak diatas,
Cuba mencari mangsa untuk ditembak,
Aku mula memahami ,
'Ahh .. bagaimana harus aku lindungi budak ini kalau hanya dibawahnya shj ?'
Aku berlari dengan membawa dua org budak ini,
Kesebuah bangunan,
Walupun sudah hancur di bom,
'Lindungi aku  ! Lindungi aku !' jerit budak dua orang ini.
Aku cuba bersembunyi ,
Menyembunyikan kanak-kanak ini,
Tetapi di setiap langkahku ..
Ada sahaja tembakan ,
Letupan dimata,
Aku mulai marah, berang ..
'Jahanam ! Syaitan laknatullah apa yg memburu muslim ini !'
Aku keluar dari persembunyian ,
Ku gapai senjata,
Mencari musuh dihadapan mata,
Lantas..aku rebah sendiri,
Suasana diam..
Aku terbangun.. 
'Aku bermimpi ... syria ..'

Aku terduduk  lama,
Beristigfar panjang ,
Apa yang aku boleh bantumu wahai saudaraku ?
Baru aku sedari ,
Aku tidak mengingat mereka dalam doaku ,
Maafkan aku !

'Allahumma Surna Mujahidin fi Suria ! Allahumma Ameen !


11.00 pm Jordan.

2 comments: