Friday 10 January 2014

Siapakah Ashabu Tafsir Bil Mathur dan ashabul Ra'yi .

Saya cuba berkongsi apa yang saya pelajari disini melalui pembacaan pada semua.
Mungkin ini hanya sedikit mutiara yang tercicir di sini, dan saya kutip dan tunjukkan pada semua.
Malah , saya berharap ..dengan mutiara ilmu yang sedikit ini mampu kita kongsikan nilainya bersama.
Mutiara ini bukan saya simpan untuk kekayaan diri saya sahaja, tapi untuk ummah kita .
Agar kaya dengan nilai2 ilmu itu..
Dan bukan hanya kaya dengan nilai diatas kertas..
Yang menjadi sanjungan , bualan , dan pujian antara kita.

Jika begitu, maka akan wujudlah konsep :
Yang pandai akan terus pandai,dan yang kurang pandai akan terus dibelenggu kejahilannya.


Pengenalan :

Apa itu tafsir Bil Mathur ?
Tafsir Bil Mathur : Tafsir yang diambil dari AlQuran dan Sunnah .
Apa pula tafsir Bil Ra'yi ?
Tafsir Bil Ra'yi : Tafsir yang difahami disini ialah melalui Ijtihad Mufassir itu sendiri sepertinya mentafsir dengan AlQuran tetapi dengan keluasan Bahasa Arab,lafaz-lafaz arab,kefahaman dalam syair arabi Jahili ,asbab nuzul dll membuatkan Mufassir itu berijtihad dengan sendirinya.

Terdapat 2jenis tafsir bg Bi'rayi  :
Tafsir Mahmud : Tafsir Maqbul (iaitu diterima) disisi Muslimin.
Tafsir Mazmum : Tafsir Marfud (iaitu ditolak) disisi Muslimin.

Dalam konteks tafsir Bi'ra'yi ,jika diperhatikan bagaimana boleh wujud 2jenis Tafsir Bi'rayi ?
Sedangkan tafsir BilMathur hanya ada satu ?

Tafsir Bil Mathur ,para mufassir meletakkan makna ayat atas nas dan sunnah yang sudah sedia ada.
Manakala bagi tafsir Bi'rayi, sebahagian ulama' bercanggah pendapat mengenainya.
Sebahagian ulama' berpendapat (tidak harus ) kerana Tafsir Bi'rayi ini mentafsir ayat Allah atau kalam Allah TANPA ILMU ,maka ulama membahaskan larangan mentafsir tanpa ilmu .
Dalilnya :
1) Surah A'raf ,ayat 33.. "....dan perbuatan mengada-adakan (jatuh hukum haram) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui ."
2)Surah Anfal ayat 44,
3)Hadis dari Tirmizi mafhumnya "..sesiapa yang berdusta keatasku,maka dia menempah tempatnya diNeraka' (Hadis Martabat Hassan)
4)Hadis Tirmizi mafhumnya '..siapa yang berkata(mentafsir) didalam Alquran dengan pendapatnya atau pandangannya,boleh jadi salah dan boleh jadi betul..'

Dan banyak lagi dalil mengenai ketegahan dalam mentafsir sendiri.

Tetapi sebahagian ulama' pula tidak bersetuju dengan pendapat di atas,
Sebahagian ulama' berpendapat dibolehkan kerana ada dalil-dalil mengenainya.
1) Suah Muhammad ayat 24
2) Surah Sod ayat 29 .
3)Dan lain-lain .
Mereka (iaitu ulama' yang berpendapat diharuskan) berkata seandainya tafsir Bi'rayi itu tidak harus maka bagaimanakah Ijtihad itu diharuskan ?
Terdapat banyak hadis -hadis yang menguatkan keharusan ini seperti nabii berdoa kepada ibnu Abbas ..'Allahumma Faqqihhu fiddin,waalimhu bi'takwil (tafsir).

Disini saya senaraikan beberapa muffasir bil mathur dan bi'ra'yi (yg maqbul) .

Mufassir Bil Mathur :

1) Ibin Jarir At tobari - Jamiul bayan fi tafsirul Quran
2) Abi Lais Samarqandi - Bahrul Ulum
3) Abi Ishaq Sa'labi - Kasful Bayan An tafsirul Quran
4) Abi Muhammad Hussin Al Baghwi - Maalim Tanzil
5) Ibin Atiyyah Al Andalusi - Muharrar Wajiz Fi tafsir Kitabul Aziz
6) Abi Fida' Hafiz Ibin Kathir - Tafsir Quranul Adzim
7) Abdul Rahman Assa'labi - Jawahir Hassan Fi tafsir Quran
8) Jalaludin Assuyuti - Darr Manshur Fi tafsirul Mathur

Mufassir Bil'Ra'yi

1) Fakhur Razi - Mafatihul Ghaib
2) Baidhowi - Anwaul Tanzil Wa asraru Takwil
3) Annasfi - Madarikul Tanzil Wa haqaiq Takwil
4) Khozan - Bab Takwil fi maani tanzil
5) Abi Hayyan - Bahru Muhit
6) Nissaburi - Ghoroib Quran wa Ghoib Furqan
7) Abi Saud - Irsyadul Aqli Salim Ila Mazaya kitabul Karim
8) Alusi - Ruh Maani
9) Khotib Assyarbini - Sirajul Munir

Dan melalui dua jenis pembahagian tafsir ini , kita akan lebih memahami yang mana golongan Salaf (tidak mentakwil ayat dgn ijtihadnya) dan yang mana golongan Kholaf (mentakwil dgn ijtihadnya)

Wallhua'lam.

Amerul Arief,
Jordan.

No comments:

Post a Comment