Saturday 23 November 2013

Ada apa dengan Tabiin ??

Kebanyakan orang menceritakan perihal kehebatan tokoh2 tertentu di zaman kini ,tidak kiralah tokoh itu darimana sekalipun..barat .. timur..selatan..utara ..

Tp cuba kita belajar dari sejarah ..
Dari golongan dahulu2 ..
Zaman prasejarah Islam..

Pasti kita temui nilai DIRI ..

Saya bawakan 2kisah biodata tabiin ..
Tokoh yang jarang didengari ..tp mereka orang2 yang hebat dahulu ..
Kini , nama mereka tenggelam ..kerana pincangnya zaman beredar dengan 'ketidaksamaan' org kini .

Hakikatnya,kita akan kembali ke zaman dimana kuda digunakan dlm peperangan,busur anak panah dibelakang badan..laut sebagai medan pertempuran ..

Oh ..ummat !

Tiada apa yang mahu aku kongsikan pada kamu semua..
Selain apa yang aku dapati dibumi Syam ini ..
Mutiara-mutiara yang terjatuh aku kutip ..
Lalu aku kongsikan nilainya ...
Agar kita semua kaya dengan ilmu (CAHAYA)


Tabiin Tawus Bin Kaisan Al Yamani..

Nama penuh : Abu Abdurrahman Tawus Bin Kaisan Al Yamani Al Himyari Al Janadi.
Himyari diambil sempena nama dari Qabilah Himyar ..
Dan Al Janadi nama sebuah tempat Janad.

Maula Raisan ..dan ada pendapat mengatakan maula Hamadan

Diriwayatkan darinya Abadalah Arbaah iaitu :
1. Abdullah Bin Umar
2.Abdullah Bin Amru Bin 'Ash
3.Abdullah Bin Zubair
4.Abdullah Bin Mas'ud

Beliau banyak duduk bersama Ibnu Abbas dan mengambil tafsir darinya lebih banyak dari sahabat yang lain ..

Dan berkata Amru Bin Dinar : 'Aku xpernah melihat seseorang seperti Tawus,dan dia yang paling banyak mengeluarkan dari sahabat Kitab Sittah(Bukhari ,Muslim ,dan Sunan Arbaah) .. 

*Tambahan..

Diriwayatkan juga dari Umar Ibnu Khattab,disebutkan juga seorang lelaki dari ahli Yaman namanya Tawus , bermaksud ini adalah mukjizat dari Rasulullah s.a.w.
Dimana nabi s.a.w mengkhabarkan pd Umar ibnu Khattab ,akan datang lelaki dari ahli Yaman namanya Tawus ada padanya 'Janbihi Bayad' .
Beliau Mustajab Da'wah . (sepertimana yang hendak dikhabarkan nabi)
Salah seorang anak murid Ibnu Abbas .

'Ata' Bin Abi Rabah ..

Nama penuh : Abu Muhammad 'Ata' Bin Abi Rabah Al Makki Al Qorsyi..

Seorang Abid dan Hamba 
Kerna beliau mengHambakan diri ketika siang dan beribadat ketika malam ..

Seorang lelaki yang gelap ,berhidung pesek dan pincang,buta ..dll ..
Ketika masih kecil 'Ata' bin Abi Rabah merupakan hamba milik seorang wanita Makkah,namun Allah meletakkan penghormatan kepada hamba Habsyi ini apabila Dia meletakkan anak kecil ini di lorong ilmu.

Salamah Bin Kuhail pernah menyebut : 'Sy tidak pernah melihat orang y benar2 mencari ilmu hanya KERANA ALLAH seperti mereka bertiga iaitu ' 'Ata' ,Tawus ,dan Mujahid '.

'Ata' Bin Abi Rabah dari segi ilmunya,tiada sesiapa dapat yang dapat mengalahkan ketinggian ilmu beliau.Khalifah ketika zaman itu melarang para ulama' lain berfatwa tentang hukum2 haji dan manasik selain 'Ata' Bin Abi Rabah.

Apa yang kita boleh pelajari dari tabiin ini 'Ata' Bin Abi Rabah?

Kehebatannya daripada sifat-sifat mulia yang terdapat dlm dirinya..
Salah satunya beliau tidak pernah bosan mendengar ilmu wberpunca alaupun telah berulang kali mendengarnya .

Jika seseorang menyampaikan sesuatu ilmu,beliau akan mendengarkan secara baik meskipun sudah mengetahuinya.

Jika seseorang menceritakan sebuah kisah ,beliau tidak pernah berkata 'AKU SUDAH MENDENGARNYA.." sebaliknya ,beliau hanya diam dan mendengarkan dengan baik .

'Ata' berkata : 'Seringkali seorang pemuda meriwayatkan hadis kepadaku dan aku mendengar ucapannya seolah2 belum pernah mendengarnya.Padahal aku telah mengetahui hadis itu sebelum orang itu lahir lagi ' (Siyar A'lam al-Nubala)

Ibnu al-Mu'taz pernah berkongsi pandangan beliau ini : 
"Pelajar yang tawadhuk (rendah hati) akan mendapat ilmu lebih banyak.Sebagaimana tanah yang rendah akan menakung air yang lebih banyak"

Pelajar yang cinta akan ilmu,tidak pernah bosan mendengar ilmu itu berulang-ulang.Malahan ia suka membaca dan berbincang mengenainya.
Ini kerana semakin kerap ilmu itu masuk melalui telinga ke minda kita,ia semakin kukuh dalam hati.
Bak pepatah Arab ' Sesiapa yang mencintai sesuatu ,ia akan selal menyebut2nya'

Adab buruk yang perlu kita hindari ibrah dari kisah tabiin ini ialah :
Bersabar dlm mendengar pengulangan ilmu ialah adab yang baik .Namun mengulang soalan sama kepada guru adalah sebaliknya.Perbuatan itu menunjukkan kelemahan akal dan boleh jadi ia kesan kepada penyakit hati .

Berkata Waki' bin al-Jarrah :
'Sesiapa yang sudah tahu,namun tetap bertanya,sebenarnya ia hendak berkata : "TENGOKLAH,AKU PANDAI DALAM ILMU INI ' 

Ayuh ,hasilkan sikap tawadhuk seperti 'Ata' Bin Rabah ..insyaallah ..keberkatannya sama2 kita rasa..


Amerul Arief,

Jordan..

No comments:

Post a Comment