Friday 29 November 2013

Mencari Jawapan

Kadang aku mencari ..
Apa maksud dunia yang fana ini ?
Sedang maksud diakhirat ramai yang mengerti ..penghayatan pula sebaliknya.

Ada yang mengejar kemewahan.
Ada yang mengejar kejayaan dalam peperiksaan.
Ada yang tersungkur tanpa bangkit dari kegagalan.
Ada yang terus merosakkan segala-galanya disekeliling.

Mata melihat,
Telinga pula mendengar ..
Mulut pula berzikir ..
Lalu fikir dan zikirlah (FIZIK)



Cuba jadi pemerhati yang baik.
Diri anda berada jauh nun dari pelosok bumi ini..
Diri anda berada jauh dari kepincangan media harini.

Melihat bumi ..
Indah ciptaanNya dibentuk bulat,
Mengapa tidak segi empat,segi tiga dan berbagai2 bentuk ?
*Saya senyum ..
Semua orang ada hujah masing-masing mengenainya..

Lihat isu demi isu..
Bermula dengan isu Gaza ..
Semua orang cakna mengenainya..
Ada yang berpuisi,
Ada yang mencari publisiti dengan mempromosi baju2,button dll..
Ada pula yang menjadi pengkritik .

Beralih pula ke isu anak luar nikah ,
Berbagai pandangan,kritikan,dan nasihat y diulas,
Kadang aku terfikir ...
Bila hendak guna hukum harus ?
Bila hendak guna hukum makruh ?
Bila hendak guna hukum Wajib ?
Sehingga terbuang anak luar nikah???
Mana ihsan manusia terhadapnya ?
Mana asas agama yang ibubapa terapkan ?
Salah kerajaan kah ?

Cukup kemusnahan ini.

Mari lihat lagi isu demi isu ..
Mesir ..dalam sejarah atau peristiwa ?
Dahulu Firaun ..kini Sisi ..
Dahulu Nabi-Nya..kini PemerintahNya..
Namun manusia masih lagi leka..
Menjual nama 'MESIR' dalam ekonomi masing2..
Atau sebahagian SEDEKAH ?
'Bainahu wa Baaina Allah'
Masing-masing membawa berbagai gaya ..
'Simbol Rabbah' menjadi trend ..
And then people start confiusing..
People start Questioning ...
'Untuk apa simbol 4jari'?
'Apa Maksudnya?'

Kini,isu 'macam cantik je' pula hangat .
Oh Ummah..
Lihat dengan mata hati..
Kamu sendiri melupakan apa yang kamu kerjakan .

Isu demi isu,
Babak demi Babak.
Drama demi Drama..

Bila isu baru mula timbul,isu lama tenggelam.
Lupakah Saudara kamu yang tengah berperang di medan JuangNya?
Dan engkau hanya berjuang di medan 'papan kekunci' ,
Setiap nasihat ,mudah sahaja kau cantas !
Setiap pandangan ,mudah sahaja engkau kritik !
Dimana adab hormat menghormati ?
Dimana adab meraih pandangan org lain ...

'Allahumma Surna Musilimin wal Mujahidin fi kulli makan wa zaman'

No comments:

Post a Comment