Thursday 28 November 2013

Semester Kedua ku..1st year in Jordan

28/5/13

---lembayung muaddal thani------

Sebelum nak tasjil madah dgn seorang Dokter ini.

Sy terima berbagai-bagai komen dan kritikan.

''Tidak susah ke amek dgn dokter H ?''

'tak mahu jaga muaddal ke ?'' 

'Padu lah ang ni amek dgn beliau !!"

''Beliau susah nak dapat markah tinggi''

Dalam benak fikiran saya,saya hanya bersangka baik.

'Mungkin ada hikmah kenapa semua madah y sy hendak tidak dapat'

Hanya lambat beberapa minit sudah 'mughlak syubahnya.

Sehinggakan ada y tunggu dr malam, 'sharp' dpn laptop semata2 nak berebut tasjil madah y diingini.

Namun itu semua tidak mematahkan semangat sy,sy sentiasa bersangka baik.

Walaupun ada ura-ura angin menkhabarkan 'hanya lulus' sahaja jika mengaji dgn beliau.

Dan antara banyak-banyak madah,sy mengklasfikasikn madah ini pd target '55' dan kebawah.

Tetapi itu terjadi sebaliknya,malah madah beliau lah yang score antara madah-madah lain.

Alhamdulillah..

Apa yang saya hendak sampaikan sebenarnya adalah bersangka baik terhadap setiap 'dokter2' atau 'guru2' kita ..

Jangan kerana kita mendengar kritikan dan komen yang negatif.

Kita sudah set dlm mind dengan menganjakkan minda sedar kita melebihi perkara yang belum nampak natijahnya.

Maka bagaimanakah caranya untuk mengatasinya?

Saya katakan 'MUDAH'

Hanya bila pemikiran minda sedar kita seiring dgn jiwa yang sedar dan kuat pada Allah.

Selalu kita dengar 'tajdid niat akhi/ukhty' 'belajar lillah hi taala,bukan kerana muaddal tetapi ilmunya'

Kita seringkali dimotivasikan dengan berfikiran positif namun sebenarnya ia tidak sempurna jika tidak seiring dgn kekuatan 
dan semangat dari hati kita.

Kita berusaha Memprogram semula fikiran. 
Namun seringkali akhirnya fikiran kita akan terprogram kembali kepada level yang lama kerana hati kita belum diprogramkan dengan benar.

Sebenarnya apa yang penting adalah mempositifkan jiwa dan hati ini.
Jangan mengalah dalam menuntut ilmu walaupun likunya melebih liku2 orang lain.




Saya kongsikan sedikit hadis Qudsi.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:

Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi:
“Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu.”
“Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas.”
“Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas.

wallahu a'lam..

Mumtaz untuk Ummah !!

No comments:

Post a Comment